Coretan Perjalanan Hidupku

SeLaMaT DaTaNg

"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu.Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."

Wednesday, September 23, 2009


Beraya ke Kuala Balah..!!!!

Raya ke-3 (22/9/09)

Aku dan family aku pergi beraya kat Kuala Balah tempat yang pernah aku tinggal dulu sebelum aku pindah ke kg jeram...aku kesana tuk menghadiri jemputan kahwin kawan abang aku..disebabkan abang aku tak der kat cni so terpaksa la aku n family pergi..lagipun dia kenalan lama mak ngan ayah aku time aku duk kat sana dulu..aku kesana dalam pukul 11 pagi lagi..sampai jer di highway machang ke tanah merah jalan jem gila..kereta penuh atas jalan lebih teruk dari jem kat KL ni...fuh penat aku meredah jem nie...bayangkanlah perjalanan yang hanya memakan masa 1 setengah jam tu buleh menjadi 4 jam..betapa jemnya jalan kat ctu...3 jam sajer kita orang terperangkap dalam jem di highway tersebut...punya la boring aku duk dalam kereta tu..lama sesangat..habis cara aku duk dalam kereta nak menghilangkan boring...

Kita orang sampai kat sana dalam kul 2.30 something...aku dah tak sabar nak kuar dari kereta nak betulkan segala urat dan saraf aku yang aku rasa dah macam nak tercabut coz duduk terlampau lama dalam kereta...sampai jer tempat yang dituju aku trs keluar dari kereta...betapa leganya time tu hanya dia yang tahu...aku kesana tak lama coz malam tu aku kena naik bas tuk balik ke KL semula..so kita org berbual just ala kadar je...sampai jer kita org terus pergi ke umah yang buat kenduri tu..lepas jumpa pengantin dan bagi hadiah kepada dia aku trs turun rumah dan ambil makanan..tak sempat nak berbual coz aku nak kejar masa...aku tak makan kat umah dia coz tempat yang disediakan sempit sangat...bagi yang lelaki luas la jugak kawasannya cuma bg sebelah perempuan ni sempit ckit so terpaksa la aku n ma aku makan dalam umah jirannya yang jugak kenalan rapat ma aku dulu..

Selesai aku makan aku naik ke ruang tamu umah tersebut..nak ambil angin katakan coz kat dapur panas sangat...tengah time aku syok duk tengok pengantin aku jumpa member lama aku yang aku tinggal berbelas tahun dan hanya berjumpa secara kebetulan jer...aku ingatkan dia dah tak cam aku lagi..almaklumlah dah lama tinggalkan kg tersebut...

Bila dah lama tak jumpa macam2 hal kita orang borakkan..aku ingatkan aku dah segan nak cakap ngan dia tapi ternyata silap..laju jer aku buleh berbual dengan dia tanpa ada perasan segan langsung walaupun kami dah lama tak jumpa..kuat betul chemistry kita orang sampai buleh berbual cam tu sekali...nasib baik la dia banyak cakap jugak so layan jer la..dia tanya aku sama ada aku dah kahwin ke belum..aku jawab la belum lagi coz aku ni still young..semua orang tanya bila aku nak kahwin...bunyi jer aku dah kerja trs tanya bila nak kahwin..ish tak larat aku nak jawab...punya la lama kami berbual sampai tak ingat nak balik...dia still lagi cam dulu gak..rupa dan bentuk badan still lagi tak berubah...memang kami tak banyak berubah dari kecil sampai la besar..that's why la kita orang still lagi cam antara satu sama lain even kita orang lama dah tak jumpa..

Actually aku kesana ada hajat lain selain nak jumpa member aku tu...aku nak jumpa orang yang pernah aku suka time kecil2 dulu..aku nak sangat jumpa dia...aku suka sangat tengok dia even dia xla handsome sangat tapi dia la yang menjadi pujaan hati aku suatu ketika dulu tapi nasib tak menyebelahi aku coz aku tak nampak pun dia...kemana dia menghilang pun aku tak tahu...nak buat cam ner kan jodoh xder...disebabkan tak dapat jumpa dia so aku borak la panjang ngan member aku tu...dia ni askar sebenarnya...dia kerja kat sabah...dah 6 tahun dia kerja kat sana sebenarnya...sebab tu la dia cakap kalau aku nak kahwin nnt jemput la dia tapi aku mesti la kahwin dalam musim raya coz time tu jer dia dapat cuti...tu la aku cakap ngan dia kalau nak tunggu aku kahwin tunggu la dalam 5 6 tahun lagi baru aku kahwin..ha time tu tunggu la bila aku nak buat nanti...confirm aku takkan lupa jemput dia punya termasuk la secret admirer aku dulu...

Lepas jer kami berborak aku mintak diri nak balik coz dah lewat sangat takut jalan jem nanti..mmg jalan nak balik jem pun..aku stuck dalam jem hampir 4 jam...

So sampai cni jer tuk hari nie...aku dah nak chow ni...

SEE YOU TOMORROW....


Raya Datang Lagi....

Tahun nie raya datang lagi...aku bersyukur sangat coz tahun nie aku sempat sambut hari raya bersama keluarga aku...sudah 22 tahun aku menyambut aidilfitri bersama keluarga..pagi raya sekali lagi aku menangis kerana bersyukur masih diberi lagi kesempatan untuk beraya bersama keluarga tidak seperti sesetengah orang yang telah kehilangan orang yang tersayang...

Tahun nie cukup terasa kehilangan kerana seorang lagi saudara terdekat ku pergi menemui penciptanya...dia kembali ke rahmatullah pada 13/6/2009..AL-FATIHAH untuk beliau..beliau pergi meninggalkan seorang isteri yang baru beliau nikahi 3 bulan yang lalu sebelum beliau pergi untuk selama-lamanya...cukup terasa kehilangan tahun nie coz setiap kali selepas sembahyang raya, dialah orang pertama yang datang bertandang umah aku tapi tahun nie dia dah tak datang...aku sedih sangat bila mengenangkan semua itu...

Umah dia tahun nie sunyi jer..selalunya umah dia la yang paling meriah sekali..tahun nie just kakak dia yang sorang lagi tu jer balik raya kat umah..yang lain semua umah mertua...tahun nie mak dia tak bagi buat kek batik coz bila buat benda tu mak dia akan terkenangkan dia yang dah tiada...so tahun nie kek batik umah dia tak der la coz kek tu memang favorite dia...sedia sesangat..bila time raya ke-2 semua orang pi kubur tapi mak dia xpi pun..xleh nak pi coz terlampau sedih sangat..bayangkan la, 2 orang pergi dalam masa tak sampai setahun..yang ketiga pergi buleh tahan lagi tapi bila yang bongsu pergi hati siapa yang tak sedih...tambah plak dia anak manja dalam family...bongsu la katakan..sampai mak dia tak bermaya tengok sekujur tubuh terbaring kaku di pembaringan yang diselimuti kain putih..hati tua mana yang tahan menanggung semua itu...

Aku jugak sedih tahun nie coz aku tak dapat nak pi kubur nak melawat semua saudara aku yang dah pergi menghadap Ilahi terlebih dahulu..aku ingin sedekahkan Yaasin untuk mereka coz hanya raya jer aku berkesempatan pergi kubur...so tahun nie mmg aku xleh pergi coz aku period..kenapa la period aku kena time cam tu...aku ingin sangat pergi sana...aku nak tengok umah baru dia..aku nak mengaji tuk dia biar dia tenang di sana..

Dengan ini aku kalungkan doa dan AL-FATIHAH untuk allahyarham Zaihan Bin Zakaria yang telah pergi menemui PenciptaNya..

AL-FATIHAH...semoga kau tenang disana...

0 comments:

Post a Comment