Coretan Perjalanan Hidupku

SeLaMaT DaTaNg

"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu.Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."

Pasal mimpi...


Ari nie aku nak postkan pasal mimpi yang aku alami dua tiga hari lepas...mimpi aku nie berkaitan ngan diri aku la..aku mimpi yang aku akan melangsungkan perkahwinan tapi aku tak pasti saper calon pengantin lelaki tersebut...aku berharap sangat yang aku dapat lihat saper calon pengantin dalam mimpi aku tu...kalau di dunia nyata aku tak dapat memilikinyer...cukuplah di dalam mimpi aku memilikinyer...janji angan-angan aku untuk naik pelamin dengan dia termakbul even dalam mimpi jer...

Time tu rasa hepi sangat coz aku bakal menjadi raja sehari...dalam persalinan warna purple aku dimekapkan oleh cousin aku sendiri...ramai saudara mara aku yang datang termasuk jugaklah member-member aku...dia orang semua datang menolong memeriahkan majlis aku...happi sangat time tu..tak tergambar macam mana hepinyer time tu nak bergelar raja sehari...cuma yang membuatkan aku terkilan sangat2 aku tak dapat tengok wajah pengantin lelaki yang bakal mengahwini aku itu...terlalu lama aku menunggu kemunculan dirinyer tapi dia tak jua kunjung tiba..sampai la aku terjaga coz terkejut dengan alarm dari phone aku yang menandakan sudah pukul 5 pagi...terpaksa bangun untuk bersahur...cuba untuk sambung balik mimpi tadi tetapi dah lost...dah xleh nak continue mimpi tadi tu...betapa frustnyer aku time tu coz tak sempat nak tengok muka bakal suami aku itu...harap2 bakal suami dalam mimpi aku itu sama orang yang aku inginkan menjadi suami aku nanti tuk dunia yang realiti...hopefully dia yang muncul dalam mimpi aku...kalau dia yang menjadi bakal suami aku tu..alangkah bertuahnyer kerana aku dapat memiliki dia...biarlah hanya dalam mimpi janji aku ngan dia bersatu akhirnyer...tak sabar nak tunggu pengakhiran mimpi aku itu...berharap ianyer berulang lagi..