Coretan Perjalanan Hidupku

SeLaMaT DaTaNg

"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu.Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."

CINTA?????......


Apa itu CINTA?aku tak pernah mengenali maksud CINTA itu apa?bagi sesetengah orang CINTA itu sesuatu perasaan yang sungguh mengasyikkan...adakah semua itu benar...benarkah CINTA itu mengasyikkan?sejauh manakah keasyikan CINTA itu...semua itu aku tak pernah melaluinya seumur hidupku yang bernafas di atas bumi ini...

Salahkah orang sepertiku untuk jatuh CINTA...aku jugak ingin rasa cinta dan mencintai...semua itu aku terigin tuk merasainya...xlayakkah orang sepertiku ini tuk mencari sebuah CINTA...menggamit sebuah perasaan dari seorang lelaki yang dipanggil KEKASIH...xlayakkah diri ini...hina sangat ker diri ini...

Aku mempunyai orang yang aku sayangi tapi nasib aku cukup malang kerana orang yang aku sayangi itu tidak menyayangi ku...just sekadar tuk main2kan perasaan aku sahaja...aku benar2 serius dalam menjalinkan hubungan ini seandainya dia menerima diriku ini...

Memang dah tersurat tuk aku supaya tak bercinta...mungkin jugak diri aku ini tidak layak tuk mana2 lelaki...aku amat menyayangi dirinya tetapi begitu tegar dia bermain ngan perasaan ku ini...tidak sucikah cinta yang aku hulurkan ini...sesuci manakah cinta yang dia inginkan....

Adakah kata2 yang kau luahkan dulu serius atau hanya omongan kosong mu sajer...seandainya ia hanya omongan kosong begitu malang diri aku kerana menyimpan setiap patah perkataan yang kau ucapkan di dalam hati...setiap butir bicara mu aku pahatkan kukuh di dalam hati aku...

Tahukah kau bahawa sedikit ruang di dalam hati aku ini telah ku sematkan nama mu...cukup kukuh tersimpan sehinggakan tiada siapa yang mampu membuangnya...ku ukir nama mu di dalam hati ku di satu sudut yang cukup istimewa...

Seandainya diriku kau buang dari hidup mu janganlah kau memaksa aku untuk membuang nama mu yang telah tersimpan rapi di dalam hati ku...izinkan aku untuk menyimpannya selagi hayat aku di kandung badan...akan aku bawa nama mu di setiap langkah kaki ku sehinggalah TUHAN menjemput ku pergi...nama mu akan sentiasa tersimpan kemas di dalam hati ku...xkan ku hilangkan ia dengan semudah yang mungkin...

Aku masih lagi berharap agar kau menerima cinta ku ini...kembali kepada diri ini....xsanggup rasanya aku nak melalui hidup ini tanpa kau disisi ku....setiap jam setiap minit setiap saat gambar kau yang ku tatapi tuk menghilangkan rasa rindu yang tiba2 datang menjengah hati ku ini...dengan cara itulah aku mampu menghilangkan perasaan rindu ku ini terhadap diri mu...tetapi seandainya telah tercatat yang kau bukan milikku, aku redha dengan ketentuan ILAHI tetapi izinkan aku untuk terus mengingati dirimu selagi dirimu belum lagi menjadi milik orang lain.....

Terima kasih kepada diri mu kerana memainkan perasaan ku ini.........(M _ _ _ _ _ _ _)

0 comments:

Post a Comment