Coretan Perjalanan Hidupku

SeLaMaT DaTaNg

"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu.Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."

Thursday, November 5, 2009


Sahabat...

Sahabat...
Kenapa ini yang terjadi dalam hubungan kita
Dimana salah dan silap aku sehinggakan aku dipinggir sebegini rupa
Tak layakkah aku untuk berada di sisi mu setelah kau menemui sahabat yang baru
Tidak setandingkah aku dengan dia yang baru kau kenali....

Sahabat...
Aku dapat rasakan kesepian yang melanda diri aku
Betul-betul sepi sekali sehinggakan aku merasa aku tak dipedulikan lagi
Hati aku sangat sakit bila kesepian memamah setiap penjuru hati aku
Kesepian yang aku sendiri sukar untuk mentafsirkannya....

Sahabat...
Apakah ini permulaanya pengakhiran hubungan kita yang telah kita semi selama bertahun-tahun lamanya?
Adakah begini penyudahnya?
Murah sangat ker harga persahabatn kita ini?
Tiada kah lagi ruang tuk hubungan kita ini bernafas seperti selalu?....

Sahabat...
Semenjak kau mengenali dia, kau banyak berubah
Setiap perubahan yang berlaku terhadap dirimu semua aku dapat rasakan
Sejauh itu kau ingin mengasingkan diri aku dari hidupmu
Penting sangatkah dia berbanding diri aku....

Sahabat...
Sejujurnya aku sangat sayang akan perhubungan ini
Aku tidak ingin ia berakhir dengan begini
Tapi apa kan daya aku untuk menghalang perhubungan kau dengan dia
Mungkin kau juga inginkan ruang lain untuk kau bernafas
Mungkin kau juga sudah boring dengan perhubungan ini....

Sahabat...
Untuk aku melepaskan kau sangat susah sekali
Hati aku sakit sangat seandainya aku melepaskan kau pergi dari hidup aku
Tapi apa kan daya setiap ketentuan yang ditentukan adalah dariNYA...
Mungkin setakat ini sajer perhubungan kita yang mampu kita pertahankan....

Sahabat...
Ketahuilah kau wahai sahabat bahawa setiap ruang kenangan yang aku kongsi bersama denganmu akan aku pahatkan ianya kukuh di dalam hati aku....
Tiada siapa yang mampu mengambil setiap kenangan yang telah kita ciptakan jauh dari hati aku....
Biarkanlah aku simpannya untuk kenangan kita suatu masa nanti...
Sekurang-kurangnya aku tahu bahawa aku ada seorang sahabat yang cukup baik walaupun ianya cuma sekejap sahaja...
Segala-galanya aku aku tanam jauh disudut hati aku...

Sahabat...
Terima kasih kerana sanggup menghulurkan salam perkenalan kepada aku 4 tahun yang lalu...
Perkenalan yang banyak meninggalkan memori yang manis dalam hidup aku...
Setiap kenangan yang diciptakan akan aku abadikan ia di dalam kenangan...

Sahabat...
Akhir kata,
Berbahagialah dirimu dengan si dia kerana mungkin si dia jer yang mampu membahagiakan diri mu berbanding dengan diri aku...
Mungkin aku tak mampu untuk memberi kau kebahagian sebagaimana yang diberikan oleh si dia...
Salam kemaafan aku hulurkan kepada dirimu yang banyak mengajar aku erti sebuah persahabatan..


SEMOGA BERBAHAGIA SAHABATKU.....

0 comments:

Post a Comment