Coretan Perjalanan Hidupku

SeLaMaT DaTaNg

"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu.Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."

Apa itu kitaran haid normal dan tidak normal?


Apa itu kitaran haid normal dan tidak normal?

Kitaran haid yang normal berlaku diantara 21-35 hari. Sebagai contohnya; wanita yang mempunyai kitaran haid 28 hari akan mengalami haid setiap 4 minggu manakala wanita yang mempunyai kitaran 21 mengalami haid setiap 21 hari.

Apabila doktor bercakap tentang jangkamasa haid, ia termasuk hari-hari dimana anda mengalami haid.


Kebanyakan wanita mengeluarkan telur (ovulate) disekitar 13-14 hari sebelum mengalami haid. Sekiranya wanita mempunyai 28 kitaran haid, dia akan berovulasi betul betul ditengah bulan. Walaubagaimanapun, bagi wanita yang mempunyai kiratan 21 hari, beliau mungkin mengalami ovulasi pada hari ke 7 bermaksud 7 hari selepas hari pertama haid. Dia mungkin masih menghadapi haid semasa mengalami ovulasi.

Sekiranya haid anda sangat regular, agak senang untuk anda meneka hari dimana anda akan bertelur tetapi bagi mereka yang megalami haid yang tidak teratur, ianya tidak begitu senang. Doktor selalunya akan mencadangkan anda menyimpan dairi dimana haid anda terjadi untuk beberapa bulan.

Sekiranya haid anda sangat tidak teratur, anda mungkin tidak mengalami ovulasi langsung atau kadang-kadang sahaja. Catatkan dairi haid anda dengan teliti dan cuba untuk beberapa bulan untuk hamil, sekiranya masih gagal, berjumpalah dengan doktor anda.

Pendarahan yang berlaku diantara haid atau ditengah bulan perlu dilapurkan kepada doktor. Sekiranya pendarahan terjadi sebaik sahaja anda melakukan hubungan seks, dapatkan temujanji dengan doktor anda secepat mungkin.

0 comments:

Post a Comment