Coretan Perjalanan Hidupku

SeLaMaT DaTaNg

"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu.Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."

Monday, November 16, 2009


Genting Highlands (14/11/2009)

Last week (14/11/09-Saturday), aku, kak tini, yah and mamat pergi makan angin...kita orang pergi ke Genting Highlands tempat yang ingin sangat aku pergi...best betul dapat pergi sana..

Pada pukul 7.30 pg aku ngan kak tini kuar pergi cari tiket kat gombak coz malam sebelum tu xsempat nak beli..bila pergi jer kat kaunter tiket, kaunter tiket dah tutup..so terpaksa la beli keesokkannya..that's why la aku ngan kak tini kuar awal pagi lagi coz nak pergi cari tiket takut orang ramai jer..nasib baik time aku pergi tu orang xramai pun...

Lepas beli tiket kita orang pun balik...kat umah bibik (yah) dah ada tolong prepare barang tuk buat breakfast...kami terpaksa awalkan perjalanan kami coz kalau ambil lewat takut tak puas plak nak main kat sana...balik jer dari beli tiket kita orang terus siapkan diri...ala ckit bekal yang kita orang bawak untuk bekalan kita orang disana, almaklumlah barang kat sana semuanya mahal-mahal belaka..

Kita orang bertolak naik bas kul 9.30 pg...time kita orang sampai tu pun bas dah sedia ada...nasib baik tak kena tinggal coz bas yang nak ke sana semuanya bergerak on time...kalau 9.30 pg bertolak sharp2 dia akan bertolak dari stesen Gombak...ramai gak yang pergi time tu...kita orang ambik package...RM 35 sekali ngan bas, cable car dan outdoor games.

Lebih kurang kul 9.35 kita orang pun bertolak ke Genting...hati aku melonjak gembira kerana nak pergi ke tempat yang ingin sekali aku pergi sepanjang aku mengenali Genting Highlands...dalam bas nak tidur pun tak dapat coz hati terlalu gembira sangat dapat pergi sana..Jalan nak kesana memang menakutkan aku la coz jalannya penuh berliku macam ular yang kena palu....bas yang aku naik tu mula2 bergerak slow jer tapi bila sampai di jalan berliku yang menuruni bukit terus dia bawak dengan laju...dah la time tu aku duk tepi tingkap...bayangkanlah betapa gerunnya aku bila setiap kali dia menuruni bukut yang berlliku itu dengan deras sekali...rasa macam bas tu nak terbalik jer...aku sampai menitis kan air mata kerana terlalu takut...nasib baik la cousin aku ada kat tepi so dia la yang tenangkan aku...

Lebih kurang kul 10.15 pg kita orang sampai di terminal bas dimana cable car plak yang akan membawa kita orang ke puncak genting nanti...bila sampai jer di tempat cable car tu aku tengok ramai orang yang menunggu giliran tuk naik cable car...aku dah rasa cuak dah bila sampai kat giliran aku nie...bayangkanlah hanya bergantung pada satu tali jer dia akan bergerak membawa kami sampai ke puncak dengan melalui hutan2 yang tebal yang berada beratus2 kaki dari atas...segala hutan tebal dapat akku lihat bila aku berada dalam cable car tersebut...cukup mengerikan bila tengok ke bawah...seikhlas hati aku cakap aku memang takut sekali naik cable car tu...pertama kali naik dalam seumur hidup aku...aku duduk diam tak berkutik pun dalam kereta cable tu coz takut ia bergoyang...untuk sampai keatas sana bukan main lama lagi....aku dah semakin takut dah nie...ada la lebih kurang setengah jam lebih baru kita orang sampai ke puncak...time naik tu penuh ngan kabus sampai apa2 pun aku tak dapat lihat...rasa macam duk dalam awan la plak...dia punya cuaca cukup sejuk sekali...

Bila sampai kat atas sana kita orang terus cari pintu masuk ke outdoor theme park...sebelum sampai sana sempat lagi kita orang posing kat tempat2 yang menarik...ngam2 punya kami sampai sana hujan mulai turun dengan lebatnya so terpaksa la kita orang stop kan perjalanan kita orang sekejap...sementara tunggu hujan reda kita orang posing lagi sambil berlatarbelakangkan hotel genting...

Akhirnya hujan pun berhenti dan perjalanan kami akhirnya menemui penghujungnya iaitu pintu masuk ke outdoor theme park...first sekali tempat yang kita orang lawati ialah kedai coklat...hiasan dalamannya cukup cantik sekali...kagum aku melihat dia punya decorations...sempat lagi posing...banyak picture yang sempat kita orang capture berlatarbelakangkan coklat yang besar2...

Puas kami melawati rumah coklat tu kami pun pergi ke tempat yang ada banyak mainan...first mainan yang aku naik ialah gajah terbang...actually permainan tu fokus tuk kanak2 jer kebanyakkannya tapi aku ngan kak tini nak jugak naik benda tu..so just aku ngan kak tini jer la yang naik...mamat n yah tak naik coz dia orang cakap macam budak jer kalau naik benda tu...so dia pergi la jalan2 kat kedai sourvenier...banyak kali pusing jugak lah gajah tu bergerak...lepas jer aku main yang tu aku pergi plak ke pirate ship....mak aiii....ramai gila orang time tu so tak jadi la kita orang nak main benda tu...malas nak queue...

Alih2 kita orang naik ship apa entah tapi yang nie lebih mencabar lagi la coz ship dia tu terbang la...nampak macam gayat la ckit coz dia menghayungnya dengan tinggi sekali...nasib baik la orang kat ctu tak ramai sangat lagipun ship tu buleh naik ramai orang...aku dah start kenaling dah coz aku punya turn dah sampai...aku ambik seat yang belakang sekali...dah time tu hati dan jantung aku berdegup kencang dah...takut la...bila ship tu bergerak bawah lagi ok la...tapi lama2 dia semakin tinggi dan aku dah semakin cuak dah coz setiap kali dia hayung turun aku rasakan macam jantung aku tertinggal kat atas...betapa gayatnya aku time tu sampai tangan dan kaki aku terketar2...aku sendiri dapat rasakan ianya menggigil...aku rasa nak menjerit tapi tak jadi coz banyak sangat suka sampai air mata aku pun mengalir...tiap kali nak jerit mesti tak jadi....banyak suka dari menjerit...orang ramai dah menjerit dah tapi aku tak boleh nak menjerit so aku suka jer la sampai nak pecah perut aku...gelak coz takut dan gayat...

Turun jer dari ship tu kita orang pergi plak ke tempat yang lebih extreme lagi...yang nie memang lebih extreme la tapi aku nak jugak naik....even ramai tapi aku sanggup queue coz aku nak try naik benda tu....ianya dikenali sebagai space shot...dia punya ketinggian buleh nampak seluruh genting dari atas....first gerun gak tengok orang lain naik coz ramai sangat yang menjerit...aku dah mula cuak dah....sampai jer giliran kami aku dah berdebar2 dah...tak tahu nak buat apa...so kita orang pun pilih la tempat dimana orang tak nampak sangat kami even kami menangis atau menjerit mesti orang tak kan nampak...

Space shot tu dah mula bergerak naik....aku dah semakin cuak....tiba2 benda tu naik tinggi lagi hinggakan aku dapat lihat whole of the genting highlands...time tu sempat lagi aku bukak mata coz nak tengok view dari tempat tinggi...aku dapat rasakan yang sekejap lagi benda tu akan jatuh coz dah lama dah dia ada kat atas...dalam ketidakrelaan aku akhirnya benda tu pun trn dengan mengejut...time tu aku rasakan seat yang aku duduk macam xder macam aku ni terbang di udara jer....aku apa lagi menjerit sehabis kuat la macam nak kuar anak tengkuk aku nie...punya la aku gayat sampai tangan dan kaki aku terketar2...takut sungguh ar...nak tunggu benda tu berhenti bukan main lama lagi....trn jer dr space shot tu kaki aku xboleh nak melangkah coz terlampau menggigil and terpaksa stop jap sebelum melangkah...cousin aku tanya nak naik lagi ke tak and aku jawab seriusly aku dah tak nak naik lagi dah...cukup la untuk sekali seumur hidup...

Apa yang pasti segala benda yang aku naik tu memang cukup extreme kecuali satu jer iaitu antique car...yang tu tak menakutkan coz just drive ikut way jer....semalam aku sempat naik gajah terbang,kapal yang terbang,space shot,flying dragon and antique car...yanng lain tak sempat dan tak nak aku naik coz terlalu menakutkan...roller coaster xsempat aku nak naik coz time tu orang ramai dan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan aku tuk naik...so terpaksa la cancel semua tu...habis jer main kita orang pun terus kuar nak pergi ke cable car...lama jugak la kita orang merayap di dalam hotel genting tu coz tak jumpa jalan kuar ke cable car....

Dalam kul 6 lebih baru kita orang jumpa jalan kuar ke cable car tapi bila sampai kat sana alangkah terkejut nya kami coz ramai gila orang yang queue menunggu cable car tu...aku dah cemas dah coz bas yang kami naik akan bertolak kul 7.15...pukul 6.30 ptg baru kami buleh naik cable car tu...sampai jer kat sana kita orang terus terkejar2 cari surau....

Siap jer sembahyang aku terus terkejar2 cari lif nak pergi ke b4 tempat dimana bas akan berhenti untuk membawa kami balik ke Gombak....sempat lagi kita orang sesat dalam bangunan tu coz banyak sangat lif dan cabang yang perlu kita orang lalui...alih2 bila sampai jer di b4 kami dikhabarkan oleh kak tini yang bas kami kul 7.15 dah berlepas...buat penat jer kita orang berlari alih2 kena tinggal jugak...terpakasa la kita orang tunggu bas kul 7.45 tu pun kalau ada lagi space yang kosong tuk kami berempat naik...nasib kami memang baik coz ada jugak tempat kosong tuk kami naik so tak la terbuang duit kami naik teksi balik ke KL...

Hari itu merupakan hari yang paling manis dalam hidup aku...segalanya akan aku kenang sampai akhir hayat aku...aku plan nak bawak family aku plak datang cnie nanti seandainya umur ku panjang...


0 comments:

Post a Comment