Coretan Perjalanan Hidupku

SeLaMaT DaTaNg

"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu.Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."

Monday, September 14, 2009


Kenangan Manis...

Semalam merupakan kenangan yang paling manis dalam hidup aku yang tak pernah aku alamai selama ini...aku sungguh bahagia semalam sehingga tak terkata...cukup membahagiakan...hati aku sering mendendangkan lagu2 berirama indah yang aku sendiri pun tidak tahu apa tajuk lagu tersebut..cukup menromantikkan...irama yang beralun cukup mendamaikan jiwa...

Semalam aku dijemput oleh sepupu aku (abe bustaman) tuk berbuak puasa sekali ngan dia di Kelab Darul Ehsan (KDE)..mula2 segan la jugak coz sepupu aku nie orang loaded ckit so segan la nak makan sekali ngan dia n tambahan plak dia makan sekali ngan kakitangan ofis dia..tu yang buat aku segan tu tapi nak buat agu mana kan...dha orang ajak so kita pi jer la..ibarat kata orang..rezeki jangan ditolak n musuh jangan dicari..

Sebelum aku sampai sana banyak kali dah Faizal kol abang aku nak tanya oyang kita org ni duk mana dah..aku ngan Faizal ni aku segan ckit la coz aku ngan dia bukannya cakap sangat pun...susah aku nak cakap ngan dia coz aku tengok dia diam macam orang pemalu la plak..aku kalu orang cam tu lagi la aku malu nak cakap...so setiap kali jumpa just senyum jer la n kalau nak cakap lebih2 jangan harap..

Aku sampai sana dah lewat dah...nasib baik la senang la jugak direction yang Faizal buat...aku sampai jer sana terus abang aku kol si Faizal tuk tanya tempat berbuka...apa yang mengejutkan aku si Faiz pun ada gak...yang ni memang aku tak jangka yang dia akan datang...dengan yang ni lagi la...aku kalau ngan Faiz memang segan gila lebih segan dari Faizal...aku pun tak tahu la naper aku segan nak berbual ngan dia...n satu lagi aku tak tahu nak pan ggil dia apa...sama ada just panggil nama atau letak perkataan "abang" didepan namanya...tu yang aku tak cakap tu..lagipun yang nie handsome ckit dr adik dia...

Dan apa yang tak aku jangka bila dia buleh plak berbual ngan aku...siap tanya lagi abang aku mana jumpa aku sampai aku buleh follow abang aku sekali...time tu punya la kelu lidah nak bercakap nie...first time face to face bercakap la katakan...banyak benda dia tanya aku...dia tanya aku duk kat cni lagi ker n sejak bila lagi aku ada kat KL....pastu dia tanya sama ada aku still lagi belajar ker n aku cakap la yang aku dah kerja kat cni (TM)...banyak jugak la dia tanya pasal aku...mungkin terkejut kut tengok aku...

Kiranya dia 2 beradik la pi jemput aku ngan abang aku kat lobby...lepas tu dia bawak aku jumpa ayah dia (cousin aku)...masuk jer bilik tu ramai la jugak yang sedang menunggu...aku ingatkan dia punya family jer upanya satu ofis datang...siap salam apa ngan cousin aku n wife dia aku pun ambik seat n seat ayng aku duk plak bersebelahan ngan Faizal...fuh first time duk dekat tu...(alangkah baik kalau semalam Faiz yang duk sebelah aku)...

Lepas tu hidangan pun sampai..first dia hidangkan kuih dulu n lepas tu baru dihidangkan dengan benda yang lain..tapi tak best ar kalau tak makan buffer cz makannya terhad...so terpaksa la makan ckit sorang lagipun makanan yang dihidangkan semalam kurang menyelerakkan aku la..tak kena ngan taste aku semalam...sebelum menunggu waktu berbuka sempat lagi Faizal tanya aku tingaal kat ner?Rupanya dia tahu Seksyen 2 cuma tempat tu jer dia tak arif sangat...maklumlah dia tinggal kat gombak nie jer...student UIA la katakan..si Faiz plak cbuk jer tengok aku cakap ngan Faizal..even aku tengah cakap ngan Faizal aku buleh tengok yang dia asyik pandang jer ngan aku n sekali sekala jer dia menyampuk...so bila dia orang cakap aku kena la pandang mata dia orang...segan la aku hanya Dia yang tahu..tu first time la Faizal ckap banyak ngan aku n lama kelamaan aku pun dah jadi biasa jer....

Apa yang aku terkujut selamba jer si Faizal tu sentuh tangan aku...aku ingatkan dia nak elakkan tapi dengan selamba jer...so nak buat macam mana kan...sebenarnya bukan sengaja kut coz time tu aku tengah pegang adik kecik dia..masa aku ambik adik dia di tangan dia elok jer coz aku takut dia tak nak bagi sentuh tangan tapi tersentuh gak...so aku biar jer la kan...lagi satu time aku main ngan adik dia aku dapat tengok yang si Faiz ni asyik tengok jer aku main ngan adik dia...tapi muka adik dia cute la sama ngan ayah dia...betul2 sebijik la...

Bila aku pegang baby tu aku dapat tengok baby tu menggigil kesejukan la...aku pun sejuk inikan baby yang just pakai baju lenggan pendek n seluar pendek...cian aku tengok kat baby tu...pastu aku nak kasi balik la baby tu kat si Faizal cz cian aku tengok dia kesejukkan...aku hulur macam biasa jer n aku tak sangka plak yang dia ambik baby tu betul2 atas tangan aku...so tangan aku yang pegang baby kat bawah n tangan dia kat atas tangan aku...fuh terkejut gak first tu tapi buat selamba jer la...may be dia dah biasa macam tu kan...(kalau Faiz lagi best kan...mesti aku gabra entah2 baby pun jatuh)...bila dia dapat ambik baby tu trs aku tarik tangan aku jauh ckit dr tangannya...

Kalau nak dibandingkan, aku lebih suka berbual ngan Faizal dari Faiz...banyak gak la benda yang aku bualkan ngan si Faizal tu...xder la penyegan sangat n aku harap bila jumpa lain kali buleh la aku bual ngan dia orang lagi...tapi dia orang ni kalau cakap suka sangat pandang mata la...ni yang buat aku segan nak berbual ngan dia orang....habis makan semua kita orang pun balik...sebelum balik sempat lagi dia tegur aku balik bila raya n berapa hari cuti...mungkin dia orang perasan yang aku ni tak banyak cakap kut tu yang dia orang tgr...terkejut dia org bila aku cakap sehari jer aku cuti...tapi yang nyata aku suka ngan dia orang....

Itulah kenangan manis yang aku simpan n maybe tu selama2nya...Semoga ada lagi yang indah bakal berlaku antara aku ngan dia orang berdua...kalau bukan Faiz may be Faizal...

HOPEFULLY I HAVE ANOTHER CHANCE TO TALK WITH THEM DIRECTLY WITHOUT SHY....(FAIZ & FAIZAL)

0 comments:

Post a Comment