Coretan Perjalanan Hidupku

SeLaMaT DaTaNg

"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu.Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."

Wednesday, October 14, 2009


Pertemuan....!!!!

Last night aku jumpa dia..Setelah sekian lama aku tak jumpa dia tiba-tiba semalam aku jumpa dia..gembira kau bila dapat jumpa dia coz aku dah lama sangat nak tengok dia...semenjak aku kerja di TM nie...

Mula-mulanya aku tak perasan pun dia ada kat area sana jugak..tiba-tiba member aku cakap nama dia..aku berpaling dan memang betul dia yang ada di depan aku semalam..aku tak tahu nak cakap apa...banyak diam dari berbicara..aku ingin cakap banyak benda dengan dia tapi aku nampak dia macam nak tak nak jer layan aku so aku diam jer la..just menyampuk ckit2 jer dan selebihnya member aku yang cakap dan aku just tengok jer muka dia...dia still lagi cam dulu..

Memang aku tak jangka yang aku akan bertemu dengan dia semalam..hati aku bahagia sangat bila dapat jumpa dia...adakah ini jodoh antara aku dengan dia..kenapa setelah sekian lama tidak berjumpa tiba-tiba semalam kita berjumpa..apakah tanda itu semua?kenapa pertemuan ini membuatkan aku asyik teringatkan tentang dia saja..tak pernah sekali pun ianya hilang dari pemikiran aku ini..

Sekarang dia tinggal berhampiran jugak dengan rumah aku cuma berlainan seksyen...aku seksyen 2 dan dia seksyen 1...umahnya dekat ngan umah cousin aku..kenapa selama ini aku tak pernah pun jumpa dengan dia...sudah banyak kali aku pergi umah cousin aku tapi kenapa tak pernah sekali pun aku terserempak dengan dia...

Kenapa pertemuan ini harus berlaku..kenapa ianya terjadi kepada aku bila aku dengar yang dia tengah kumpul duit tuk kahwin tiba-tiba hati aku rasa semacam jer...adakah dia dah nak kahwin?siapa dia punya bakal isteri?kenapa dia tak tunggu aku?

Sebenarnya aku tidak mengharapkan pertemuan ini kerana aku tahu aku jugak yang akan merana...kenapa harus aku lalui semua ini?tika hati aku telah terpaut padanya...kenapa jalan perpisahan ini yang harus dipilih?aku tak sanggup untuk melalui semua ini kerana hati aku tidak la setabah wanita yang lain yang mampu bertahan walaupun berjuta kali hati dilukai...aku tidak seperti mereka kerana hati aku cukup rapuh sekali...

Ya Allah Ya Tuhanku...aku bermohon dan berserah kepadaMu...seandainya dialah yang kau tetapkan untuk aku, Kau dekatkanlah dia dengan aku agar aku mampu mendirikan masjid bersamanya dan seandainya dia bukan diciptakan untuk aku,Kau jauhkanlah dia dari hidup aku agar aku tidak berada di bawah bayangannya setiap masa..jauhkan aku dari dirinya agar aku mampu berdiri sendiri tanpa bantuan sesiapa pun dan agar aku mampu membuang jauh wajahnya dari hidup aku...aku bermohon kepadaMu Ya Rabbilalamin..


0 comments:

Post a Comment