Coretan Perjalanan Hidupku

SeLaMaT DaTaNg

"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu.Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."

Updated on Mei


~~ CoNvoCaTioN~~

Bab 1

Ahad minggu lepas aku pi tempat cousin aku (yah) konvo di uitm shah alam..best giler dapat pi sana..aku kalau orang lain konvo aku excuted la tapi kalu konvo aku sendiri xder nyer aku nak excited cam tu...

Cousin aku (abe we) datang pick up aku kat umah lagipun dia on the way nak ke shah alam so aku tumpang la sekaki...kalau ikut plan aku nak pi ngan ktm jer sekali dengan cik mat tapi dah yah cakap yang abe we nak datang pick up aku kat umah so aku tunggu jer la dia sampai dia datang...lama jugak la nak tunggu dia datang ambik aku coz dia sesat..actually abe we ni tak la familiar sangat dengan area KL nie so dia jalan jer ikut signboard...

Dalam kul 9 lebih jugak la dia sampai kat umah aku..time tu aku dah ada kat bawah dah sambil teman member aku makan kat bawah...lepas dia pick up aku kat umah terus kita orang bertolak ke shah alam..yang ni satu lagi perobelum coz xder saper pun yang tahu cam ner nak pi ke shah alam..yang aku tahu ikut jalan LDP jer tapi nak keluar ke LDP tu terpaksa la aku bawak melalui jalan aku pi kerja..sampai kat sana terus aku blur...nasib baik la cousin aku nie kenis suka baca signboard...kalau tak tentu makan buah "langsat" la...untuk teruskan perjalanan ke shah alam kita orang terpaksa menggunakan signboard sbg panduan..

Drive punyer drive sampai la kami ker tol yang memisahkan KL dengan Selangor...kat cnie satu lagi perobelum yang sama berlaku dimana kami ikut jer signboard ke shah alam...walaupun cousin aku nie dah banyak kali datang tapi kerana short term so dia tak dapat la nak mengingati jalan2 yang nak ke shah alam so terpaksa la ikut signboard..signboard tunjuk kanan masuk kanan signboard tunjuk kiri masuk kiri...memang ikut signboard mati2 la kita orang time tu...apa yang penting janji kita orang sampai...

Finally kita orang jumpa gak signboard yang menunjukkan ke seksyen 7..so kita orag follow plak signboard ker seksyen 7 coz nak pi ambik yah...sampai jer kat seksyen 7 aku kol ya nak pastikan yang dia ada kat umah lama dia ke tak tapi upa2 nyer dia duk kat tempat lain...tapi still lagi dalam seksyen 7 cuma blok lain la...so terpaksa la mencari lagi...time tu perut automatically berbunyi coz nampak KFC...dalam kepala ni dah tetrbayang2 dah ayam yangn bersalutkan dengan black paper..kami teruskan perjalanan tuk pick up yah dulu coz kita orang nak check in apartment cam ner kalau yah xder...dah la tempat tu tak kenal pun lagi...lepas jer pick up yah kita orang pun gerak ke apartment...yang ni kita orang tak guna signboard lagi dah coz tourist guide dah ada..so yang ni kita orang guna arahan dari tourist guide...

Sampai jer kat tempat yang dituju terus kita orang check in maklumlah cousin aku yang sorang lagi sedang tunggu kat Padang Jawa ktm station...tempat yang kita orang tinggal ialah INTEKMA...not bad la dia punyer environment..sedap mata memandang...siap jer check in terus kita orang bergerak menuju ke apartment kami yang berada di blok no 5 atas bukit...nak jalan dah tak larat so naik la dengan kereta..apabila pintu terbukak, terpaku sejenak kita orang coz tengok keadaan dalam umah tersebut...cukup cantik dan luas...siap dengan beranda lagi...dalam umah tu jugak ada tangga dimana tangga tersebut menuju ke tingkat atas...tangga yang menuju ke bilik tidur...naik jer tangga tengok 2 buah katil yanng bersaiz queen tersedia kat atas...memang cukup luas la...bila nampak jer katil automatically mata jadi mengantuk tapi xboleh nak rest lagi coz cousin sorang lagi tak pick up lagi nie...siap letak barang kita orang turun balik nak pick up cik mat kat sana...kesian kat dia dah lama menanti..dah sejam lebih dia tunggu kat sana...

Lepas jer pickup cik mat terus kita orang pi ke seksyen 2 coz yah nak hantar kunci kat member dia...alang2 KFC dah dekat kita orang pun terus serang KFC tapi tapau la...dah tak larat dah nak makan kat sana lagipun mie ngan abah ada kat umah...lepas jer siap beli apa yang nak kita orang terus balik ke umah...penat tak payah cakap la kan...sampai kat umah terus serang KFC..biar penat tapi kalau sampai bab makan terus gagah...siap makan tu aku kena teman yah nak iron baju kat ting 2..ada ke patut dia pi letak iron ting 2..ingatkan buleh la bawak turun tapi dia dah letak iron tu dalam soket so xleh la nak buang...tension tul la..siap jer iron terus turun ke umah balik...naik jer tingkat atas terus jer masuk bilik air basuh muka gosok gigi dan terus tido...esok kena bangun awal lagi coz yah nak kena ada kat uitm dalam kul 7...

So cukup la dulu tuk ari nie...apa yang berlaku di hari konvokesyen nanti aku sambung balik erk..yang tu masuk bab lain plak..bab ke-2

Thursday, May 20, 2010


****** Terhutang budi akhirnya memakan diri ******

Sekarang nie musim UAT...selagi UAT ni tak habis selagi tu la aku kena stayback sampai awal pagi...aku tak kisah kalau kena stayback sampai awal pagi kalau aku ada kereta...aku sanggup tuk stayback tapi masalahnyer sekarang ni aku xder kereta..so kalau aku kena stayback terpaksa la aku menyusahkan member aku untuk hantar aku balik umah...kerana itulah aku rasa terhutang budi dengan mereka sampai akhirnyer memakan diri sendiri...

Aku tak suka terhutang budi dengan orang lain coz aku takut bila satu hari nanti aku terhutang budi dengan orang lain aku tak mampu nak membalas balik budi yang dia orang taburkan untuk aku...aku jugak tak suka nak menyusah kan orang lain...aku tak kisah kalau orang nak menyusahkan aku janji aku tak menyusahkan dia orang...sekarang ni aku terpaksa minta tolong hantar aku balik umah coz time tu lrt dah tak xder...kalau diikutkan hati aku tak nak buat itu semua tapi aku dah tak der cara lain so terpaksa la minta bantuan dia orang...kalau la aku ada 2 pilihan sama ada nak balik dengan lrt atau tumpang dia orang aku lebih rela balik dengan lrt walaupun dah lewat malam tetapi disebabkan hanya ada satu jer pilihan aku terpaksa la pilih yang itu..

Kadang2 aku terfikir gak, ikhlaskah dia orang tuk tolong kita...kalau hanya setakat di mulut sajer usahlah tolong...baik cakap terus terang, at least aku tahu yang dia orang tak nak tolong aku...aku tak kisah semua itu...bila lewat ckit balik dia akan pelawa kita balik sekali dengan dia dan janji nak hantar kita balik ke umah tapi time on the way nak ke umah dia macam tarik muka jer dengan kita...disebabkan itulah membuatkan kita rasa macam serba salah lain kali kalau nak tumpang dia balik...kadang2 terlintas jugak dikepala nie, ikhlaskah dia nak hantar aku balik umah...kalau betul2 ikhlas jangan lah tarik muka dengan kita dan kalau rasa macam terpaksa tolong jangan pelawa awal buleh tak...at least buleh la aku kuar ofis awal ckit...

p/s:to all follower,PLEASE keep this secret coz i think u know whose i meant right?this my secret....(",)..HOPEFULLY...

Saturday, May 1, 2010


Program Diet Untuk Kurus

The Zone Diet
Diet ini menyarankan makanan yang tinggi protein. Tujuannya, semakin tinggi protein, maka rasa lapar akan semakin ditekan dan akhirnya berat badan boleh berkurangan. Bagaimanapun, diet ini masih membenarkan pengambilan karbohidrat tinggi. Pengambilan makanan yang disarankan ialah 40 peratus protein, 30 peratus lemak dan 30 peratus karbohidrat. Kalori yang rendah pada diet ini akan membuatkan berat badan menurun, walaupun anda masih mengambil makanan yang berlemak. ‘The Zone Diet’ juga menyarankan pengambilan karbohidrat sihat seperti buah-buahan dan sayuran.
South Beach Diet
South Beach Diet terbahagi kepada tiga tahap iaitu penurunan berat badan secara tepat, penurunan berat badan lanjutan dan pengekalan berat badan. Tahap pertama adalah masa untuk membataskan pengambilan karbohidrat. Namun, tidak semua karbohidrat perlu dihindari, hanya karbohidrat yang ‘buruk’ seperti kentang dan roti. Pada tahap ini mereka yang berdiet perlu makan tiga kali sehari serta mengambil snek di antara waktu makan. Saiz hidangan perlu dikurangkan. Lakukan diet tahap pertama ini bagi tempoh minimum dua minggu hingga sebulan. Setelah dua minggu menjalani tahap pertama berat badan akan turun di antara , 5 hingga 6 kilogram.
Tahap kedua diet ini ia mensasarkan penurunan berat badan secara perlahan-lahan iaitu di antara 0.5 kh hingga 1 kg seminggu. Pada tahap ini anda boleh mengambil karbohidrat kembali tetapi mestilah yang ‘baik’ seperti bijirin dan kekacang. Beberapa jenis makanan seperti roti, kentang, dan lobak merah, tembikai, mangga dan pisang masih perlu dihindari.
Setelah menyelesaikan tahap pertama dan kedua, tahap selanjutnya adalah mengekalkan berat badan. Tahap ini bertujuan untuk menjaga berat badan supaya tidak naik atau turun lagi. Pada masa ini, anda lebih bebas memilih makanan yang ingin diambil. Sebaik mungkin, hindari snek yang memudaratkan kesihatan. Sebaiknya pilihlah kekacang sebagai sumber lemak dan protein. Beberapa jenis beras merah dan perang adalah pilihan yang tepat.
Hay Diet
Hay Diet merupakan diet berasaskan kombinasi makanan yang diformulasikan oleh Dr. William Hay. Diet ini membahagikan makanan kepada beberapa kumpulan yang hanya boleh diambil pada satu-satu masa seperti protein, karbohidrat dan makanan semulajadi seperti sayuran dan buah-buahan. Komponen pemakanan dari bahan semulajadi ini boleh diambil bersama-sama komponen makanan utama tadi. Buah-buahan merupakan makanan terbaik untuk diambil bersama bijirin untuk sarapan pagi.
Makanan tinggi protein disarankan diambil ketika makan tengahari kerana protein mengambil masa yang lama untuk dihadam berbanding karbohidrat. Makanan berkanji seperti nasi dan ubi kentang tidak boleh diambil bersama makanan yang mengandungi protein dan pelbagai vitamin yang terdapat di dalam buah-buahan. Salad, sayuran dan buah-buahan seharusnya dijadikan menu utama ketika anda berdiet. Protein, karbohidrat dan lemak hendaklah diambil dalam kuantiti yang kecil. Selain itu, anda dilarang sama sekali makan makanan segera, makanan yang diproses (dalam tin) dan makanan yang berasaskan tepung kanji.
Diet rendah kalori
Diet jenis ini mengkehendaki anda makan secara teratur. Selain itu, anda juga perlu menghindari beberapa makanan yang lain seperti coklat, kek, ais krim, gula-gula, makanan bergoreng, kekacang, minuman ringan dan beralkohol serta jeruk.
Makanan yang berasaskan karbohidrat seperti nasi, lontong, mihun, biskuit dan pasta juga tidak boleh diambil secara berlebihan. Sebaiknya banyakkan pengambilan sayuran dan buah-buahan dalam diet harian. Buah-buahan dan sayuran yang rendah kalori dan mengandungi banyak serat boleh mengenyangkan perut dengan cepat.
Selain daripada mengatur pola pemakanan, menerusi diet ini juga anda harus melakukan senaman secara rutin. Misalnya, berjalan kaki atau berbasikal sebanyak 3 - 4 kali seminggu.

0 comments:

Post a Comment