Coretan Perjalanan Hidupku

SeLaMaT DaTaNg

"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu.Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."

Akhirnyerrrr...Finally.....


Akhirnyer dia kuar jugak dari umah nie....aku tak pernah paksa dan tak pernah nak memaksa dia untuk kuar dari umah nie..keputusan dia yang decide sendiri bukan aku...cuma satu jer aku terkilan coz start dari awal lagi pergaduhan kami sampai la dia kuar dari umah nie dia still lagi mengeluarkan kata-kata yang cukup menyakitkan hati aku...kemaafan yang dia hulurkan kepada aku telah aku sambut dengan seikhlas hati tetapi kenapa dia still lagi nak menyakitkan hati aku...apa salah aku sebenarnyer?? apa yang dia tak puas hati lagi dengan aku sebenarnya nie??


Aku tak pernah nak menyakitkan hati dia atau nak melukakan hati dia atau nak menghina dia...tapi dia...dia selalu menyakitkan hati aku...selalu melukakan hati aku sampai aku rasa macam nak menangis jer...dia jugak selalu nak menghina aku...semua kata-kata yang dia luahkan dekat FB point kepada diri aku...even kat ctu dia tak mention nama aku tapi aku tahu...aku tahu semua tu untuk aku...perlu ker dia nak letak semua tu kat FB...kalau dia dah rasa tak puas hati kenapa dia tak bersemuka jer dengan aku sendiri...kenapa perlu nak letak semua tu dalam FB...atau dia memang sengaja nak suruh orang lain tahu conflict antara aku dengan dia...aku pun tak tahu la apa yang dia nak sebenarnya....nak kata aku tak maafkan dia aku dah maafkan...tak cukup lagi ker...berapa banyak maaf yang dia nak dari aku ni sebenarnyer...atau dia nak aku sujud dan cium kaki dia baru dia puas hati....cam tu ker??? kalau cam tu la dia nak..sampai mati pun aku tak akan buat...aku sanggup menjadi musuh dia sampai bila-bila dari aku sujud dan cium kaki dia...


Hubungan kami menjadi semakin renggang lepas kejadian hari tu...aku mengambil jalan untuk menjauhkan diri aku dari dia coz aku tahu aku dah tak boleh nak bersemuka dengan dia lagi after this tapi jalan yang aku amik nie nyata merumitkan lagi keadaan aku..dia pernah tuduh aku dengan mengatakan yang aku ni sengaja nak cari gaduh dengan dia coz aku tak pernah nak bertegur sapa dengan dia...

HELLO MY FRIEND...
"aku bukan nak cari gaduh ngan kau la...apa kebaikan yang aku dapat kalau aku gaduh ngan kau...memang ada benda aku akan dapat..antaranya sakit hati dan pening kepala tapi tu semua bukan kebaikan..tu semua keburukan untuk diri aku...dari aku sakit hati ngan kau dan kepala aku pening nak memikirkan masalah kau lebih baik aku buat tak tahu jer...hati aku tak sakit dan kepala aku tak pening...aku tak tahu la apa yang tak kena dengan kau sebenarnyer...apa yang kau nak sebenarnya nie..apa yang kau tak puas hati lagi dengan aku...cuba kau cakap ckit ngan aku...kau tuduh aku nak cari gaduh ngan kau disebabkan :-
1. aku tak tegur kau sedangkan berbuih mulut kau tegur aku...
2. tak amik tahu pasal kau biler kau demam...
3. tak pernah nak tanya preparation yang kau dah buat tuk perkahwinan kau...
4. dan aku yang kau tuduh cuba melarikan diri biler jumpa dengan kau...
sebab tu semua ker kau tuduh aku nak cari gaduh ngan kau???OK FINE...aku akan jawab semua tuduhan yang kau lemparkan untuk aku tu..aku akan jawab.."

MY DEAR FRIEND...
"ni jawapan aku kepada semua tuduhan kau tu..aku conclude kan dalam satu ayat jer...
jawapan : "KAU BUAT HAL KAU, AKU BUAT HAL AKU..."
- bercakap pasal tegur ni..buleh aku tahu biler kau tegur aku sampai mulut kau tu berbuih..seingat aku la..kau tak pernah nak tegur aku lepas kejadian ari tu ok..tak tahu la kalau aku ni ada penyakit short memory tapi setahu aku memory aku still lagi ok..dan aku ingat semua benda yang terjadi antara aku ngan kau..kau sedar tak yang semua ni berpunca dari kau sendiri sebenarnye...macam mana aku nak tahu pasal kau semua tu...pasal kau demam..pasal preparation kau nak kahwin kalau kau dah asyik terperap dalam bilik 24 jam...salah aku jugak ker tak tanya benda tu...kau petang dah ada kat umah tapi aku...malam baru aku balik dari kerja...so biler aku balik tu kau dah terperap dalam bilik...dan alert yang time tu kau demam...aku tahu tapi apa kau nak aku buat...kau duk dalam bilik 24 jam tak keluar-keluar tapi kau nak suh aku tanya keadaan kau sihat ker tak?? apa kes nie...cam ner aku nak tanya kau kalau kau duk dalam bilik jer memanjang...tak kan kau nak aku duk kat depan pintu bilik kau dan cakap dengan kau yang duk dalam bilik tu tanpa bukak pintu...kau tak rasa benda tu macam perkara bodoh ker???sorang kat luar sorang kat dalam...dari aku terconggok kat depan tu cam orang bodoh baik masuk bilik aku dan rehatkan badan aku nie...aku tak pernah nak melarikan diri dari kau tahu tak..tak pernah coz aku tak sempat lagi nak jumpa ngan kau lepas kejadian ari tu..cam ner kau boleh kata aku nak larikan diri dari kau..pelik jugak aku....MY FRIEND...listen here...kau kerja sampai kul 5.30pm dan sebelum kul 6 kau dah sampai kat umah...tapi aku tak..even office hours aku ngan kau sama tapi belum aku tak boleh balik time tu...kerja aku ngan kau berbeza..even aku tak ada kerja yang banyak sekali pun aku tetap tak akan sampai umah sebelum kul 6...kau kul 6 dah boleh rest kat umah tapi aku tak...kalau aku banyak kerja aku terpaksa stay sampai malam...dan kalau lewat sangat aku terpaksa bawak balik kerja aku ke rumah dan continue balik kat umah...kau tak faham skop kerja aku tu cam ner...kau as a admin but im as a tester...a lot of things that i need to test until the end...that's my job...tapi kau sedap-sedap jer tuduh aku nak larikan diri dari kau...put urself in my shoes...apa yang kau rasa biler terlalu banyak bebanan kerja yang terpaksa kau buat..tentu kau tension kan?? sama la dengan aku...tension sangat2 coz aku bekerja dengan sebuah company yang besar..syarikat telekomunikasi...kau tak pernah nak faham masalah aku sebenarnya and that's why la kau tuduh aku nak melarikan diri dari kau biler jumpa dengan kau...kau hanya nak aku faham masalah kau jer memanjang..cuba sekali sekala kau faham masalah aku...kadang-kadang kita nie ada masalah sendiri yang tak boleh nak share dengan semua orang...kalau kita share sekalipun tapi orang tak faham masalah kita apa faedahnya...baik tak payah share terus..kau nak aku paham masalah kau..kau nak aku jaga hati dan perasaan kau...pastu saper yang nak paham masalah aku nie..saper yang nak jaga plak hati dan perasaan aku kalau bukan aku yang jaga sendiri..ada kau nak jaga...kau tak pernah nak amik tau semua tu..apa yang aku boleh katakan yang kau ni sebenarnyer selfish..kau pentingkan diri kau sendiri tanpa kau fikirkan orang lain...kau hanya nak kesenangan berpihak kepada kau tapi kau tak pernah nak fikirkan kesusahan yang bakal orang lain terima...iyee...kau memang selfish..aku rasa la kan...tak der maknanya jugak kita continue hubungan ini kalau kita still macam nie kan..aku rasa baik kita putus terus la..memandangkan kau pun dah kuar dari rumah dan aku bakal pindah...confirm kita tak akan jumpa lagi...so kalau ada salah dan silap aku sepanjang aku kenal kau...aku mintak maaf dari hujung rambaut sampai la hujung kaki dan aku jugak akan maafkan segala salah dan silap yang telah kau buat kepada aku dari hujung rambut sampai hujung kaki...dan aku amat-amat berharap yang suatu hari nanti kita tak akan jumpa lagi...aku bukan bencikan kau tapi aku dah tak mahu ingatkan lagi tentang kisah silam yang berlaku antara kita...segala yang manis aku simpan sebagai kenangan dan segala yang pahit aku buang jauh-jauh dari aku...thanks coz been my friend for 2 years...please forgive me for everything..."

Sering kali disalah ertikan...


Kenapa la setiap kali aku buat baik dengan orang...kebaikan yang aku buat tu sering kali orang salah tafsirkan...macam-macam benda kata kat aku...jahat sangat ker aku ni sampai setiap kali aku bukak mulut pasti akan ada yang tak berpuas hati...aku tak tahu kenapa dan dimana silap aku...kalau aku tak bukak mulut orang mengata apatah lagi kalau aku bukak mulut..lagi la orang nak mengata...so apa lagi aku nak buat...diam salah tak diam pun salah...kalau dah benci tu kata la benci kan tak payah nak point pada kesilapan orang lain...

Aku tak kisah kalau orang nak bencikan aku...xnak kawan ngan aku coz selama aku hidup di bandar KL nie..aku tak pernah nak mengemis duit dari orang lain...aku tak pernah mintak orang lain taja hidup aku di bandar KL nie...even susah macam mana sekali pun aku tak pernah nak mintak duit dari orang...aku tak suka nak menyusahkan orang yang tak ada kaitan darah daging ngan aku coz aku tahu suatu hari nanti pasti benda ni akan diungkit dan dibangkitkan kelak...salah lagi ker aku buat tu...aku tak menyusahkan orang tapi kenapa orang selalu tak puas hati ngan aku....apa lagi yang perlu aku lakukan tuk puaskan hati semua orang...adakah aku perlu sujud di kaki kalian semua atau perlu aku ikut telunjuk kalian semua dari A-Z baru kalian puas hati dengan aku...itu ker yang korang semua nak??? Kalau itu yang kau orang nak aku lakukan aku mintak maaf coz aku tak boleh nak lakukan...aku masih lagi ada maruah diri dan aku tak akan sesekali menjatuhkan maruah diri aku semata-mata kerana kalian semua...siapa kalian semua untuk aku sujud..kalian bukan Tuhan aku untuk aku sujud..kalian semua hanya manusia biasa yang tak perlu aku nak sujud....cukuplah hanya Dia sahaja yang aku sujud....maybe bukan jodoh kita untuk kekal sebagai sahabat untuk selama-lamanya...maybe after this kita dah tak akan jumpa lagi and i'm sorry jika sebelum ni saya ada menyakitkan hati kalian semua dengan cara sengaja atau tak...sorry guys...