Coretan Perjalanan Hidupku

SeLaMaT DaTaNg

"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu.Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."

Wednesday, October 7, 2009


Kawan....!!!!

Di dunia ni bermacam2 ragam manusia yang ada...aku juga ada ragamnya dan begitu juga dengan member yang rapat dengan aku...dia orang ada ragam dia orang sendiri...ragam yang tak mampu untuk aku menolaknya...

Hari ini aku menerima panggilan dari member aku...dia ingin meminjam wang dari aku...niat hati aku memang la aku tak nak usik pun duit gaji aku yang berbaki 1000 tu lagi...aku nak simpan sampai la aku dapat gaji yang ke tiga next week...tp nak buat macam manakan...permintaan kawan yang tak mampu tuk aku tolaknya...inilah kelemahan aku yang aku sendiri tak suka...

Kelemahan dimana aku tidak mampu menolak sebarang permintaan dari kawan especially dalam bab duit....aku dengan senang-lenangnya menghulurkan duit gaji aku kepada member aku tanpa memikirkan tentang diri aku ni sendiri....bukan aku tak mahu menolaknya tapi aku tak mampu....

Kalau untuk orang yang rapat dengan aku, aku sanggup buat apa saja even aku sendiri yang akan merana nanti janji aku mampu tolong mereka...

Member aku kol nak mintak pinjam duit...first dia tanya aku ada duit ke tak...tu yang aku jawab ada...aku ingatkan dia nak pinjma ckit tapi bila dengar angka yang dia mintak aku jadi terkedu..banyak jugak rupanya...naper la aku ni baik hati sangat...senang2 jer aku bagi kat dia...memang la gaji akan masuk next week tapi tu kan duit aku...

Actually aku sayang duit aku yang ada dalam bank tu tapi apa buleh buat...sama dengan pepatah melayu terlanjur perahu buleh undur tapi terlanjur kata buruk padahnya...inilah yang terpaksa aku hadapi coz keterlanjuran mulut aku ni...sekarang duit yang 1000 dalam bank dah jadi 500...

Tetapi kerana kawan aku sanggup buat semua itu...perangai aku dengan abang aku hampir sama...sama2 suka bagi orang lain pinjam harta kita sedangkan kita sendiri merana...orang lain kita orang ambil berat tapi diri sendiri dibiarkan begitu sajer....

Total duit aku bagi pinjam ngan member aku mencecah RM 850.....terlalu banyak sampai hampir mencecah sebulan gaji aku...naper la aku tak pernah nak berkeras dengan mereka semua?kenapa begitu lembut sekali hati aku ini..YA ALLAH...sesekali kau keraskan lah ia agar aku tidak menjadi lemah di depan semua orang...biar aku mampu pertahankan hak aku..

0 comments:

Post a Comment