Coretan Perjalanan Hidupku

SeLaMaT DaTaNg

"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu.Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."

Hari Raya Aidiladha


Esok (17 November 2010) menjelangnyer hari raya aidiladha yang bakal disambut oleh semua penganut agama Islam di seluruh dunia...bestnyer hari raya nie...xsabar rasanyer nak celerate bersama family di kampung

Tapi....ari nie (16 Novermber 2010) aku still lagi ada kat KL la...xrasa sangat nak raya coz sekarang nie still lagi kat KL dan still lagi kerja...huhuhuhuhu...malam nie baru aku bertolak balik kampung...sedihnyer coz sambut takbir raya dalam bas sampai plak dah pagi raya...apa2 pun aku tak prepare lagi nie...

Hari nie mintak permission dari bos besar nak balik awal coz nak balik kemas baju...bos bagi jer balik awal tapi janji semua dah habis la...UAT session ari nie halfday jer pastu habis plak awal..ingatkan nak cabut lari jer lepas habis UAT tu tapi memandangkan aku punyer lappy still lagi ada ngan DR.SAPURA tu terpaksa la aku tunggu sampai kul 12 lebih...akhirnya dalam kul 12.40 lappy aku pun sampai...thank you DR.SAPURA coz mengembalikan aku punyer laptop...dapat jer lappy aku terus blah balik umah...

Sampai jer kat umah xplak aku kemas baju...bukan malas ke apa cuma aku tak tahu nak bawak balik baju yang mana satu coz banyak sangat baju yang nak dipakai...balik 5 ari jer kut xkan la nak bawak balik semua baju kut...macam la baju aku kat umah tu xder padahal banyak jer...tapi baju yang banyak2 ada kat umah tu aku xberapa suka nak pakai la coz semuanyer besar2 belaka *macam la aku nie kecik kan*...

Malam nie aku akan naik bas pada pukul 9.30 malam bas perdana...kali nie aku naik bas bukan keseorangan coz member2 aku cik zee rawi ngan cik siti nurbayah ada sekali...yang nie buar aku happy nie coz ada member nak cakap dalam bas nanti tapi aku ambik seat single...xbest la duk seat couple nie...seat couple cik zee dan cik siti yang akan duduk tapi xper cik siti akan turun awal lagi so lepas jer cik siti turun cik zee akan menggunakan sebaik mungkin ruang yang ada untuk cik zee beradu...ewah2 cik zee...demand nampak sampai nak dua2 kerusi sekali gus...jangan nanti cik zee tak sedar bas berhenti pasir puteh sudah...alih2 sampai awak kat KB nanti...nangis la awak kat ctu.....

Ya Allah sesungguhnyer aku bermohon keredhaan dari mu Ya Allah...Kau permudahkanlah urusan kami pada hari ini Ya Allah...Kau lindungilah kami dari segala mala petaka dan bencana yang datang dariMu Ya Allah...hanya kepadaMu aku bermohon dan berserah...tiada Tuhan yang disembah melainkan diri Mu yang Maha Agung...lindungilah kami dan selamatkanlah perjalanan kami nanti Ya Allah...

Doa Menaiki Kenderaan 


سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ . وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ
Maksudnya : Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali.
(Az-Zukhruf : 13-14)

0 comments:

Post a Comment