Coretan Perjalanan Hidupku

SeLaMaT DaTaNg

"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu.Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."

Balik malam raya....Sampai dah pagi raya...


cedih tau coz malam raya still lagi ada kat KL..biler dengar jer takbir raya berkumandang kat masjid2 sayu jer hati...terus tingat kat kampung halaman...xdapat nak sambut malam raya ngan family....biler naik jer bas driver bas la plak pasang lagu takbir raya..lagi la rasa sayu...

disebabkan ramai sangar orang yang balik beraya kat kg sampai jalan dari greenwood nak keluar ke tol gombak jem giler...keluar dari hentian putra pukul 10 sampai kat tol gombak dalam kul 11 lebih...dahsyat giler la jem...aku dah agak dah yang malam tu jalan mesti jem...itu menandanyer ramai sangat penduduk warga kelantan yang duk kat KL...keluar jer dari tol gombak nak menuju ke tol bentong kereta banyak giler sampai satu masa bas tak bergerak langsung..betapa ramainyer makhluk...kalau dah kat jalan raya ramai giler orang apatah lagi kat hentian putra...sana dah nampka macam padang arafah kat mekah dah...ramai giler manusia kat sana sampai aircond yang ada tak mampu nak menyejukkan suasana kat sana...

biler jer lepas genting sempah tu jalan nak nampak macam clear la...xder la clear sangat tapi bas still lagi bergerak la tapi dengan perlahan...xper la perlahan pun janji bas tu bergerak la...disebabkan jem yang terlapau sangat jem bas yang sepatutunyer sampai kat merapoh dalam kul 1@2 pagi tapi kali nie sampai kat merapoh kul 5 pagi...bayangkanlah pukul 5 pagi baru duk kat merapoh pahtu ambik masa 3 jam lebih plak nak sampai umah...redha jer la...

apa yang menggerunkan aku semalam ialah bas yang dipandu dengan keadaan yang laju...sorang driver bas memandu bas selama 7 jam tanpa henti..bayangkanlah macam mana rupa pemanduan dia tu...mesti la penat dan mengantuk kan..itu la yang aku dapat lihat dari cara pemanduan driver bas tersebut...driver bas tu drive bas dalam keadaan mengantuk...dah la mengantuk buleh plak dia pi drive dengan laju..aku yang berada kat seat belakang tu rasa cam bas tu terhoyang hayang jer...dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu betapa takutnyer aku time tu...segala surah dan ayat2 suci Al-Quran aku baca tuk lindungi aku dari segala malapetaka semalam...alhamdulillah...xder apa2 yang berlaku sepanjang perjalanan aku semalam...aku selamat sampai ke umah dan dapat bertemu dengan family aku...

aku sampai umah pukul 8.15 pagi...time tu surau kat umah aku nie orang dah ramai yang datang nak sembahyang raya...takbir raya pun dah berkumandang banyak kali dah..disebabkan aku sampai lambat so semalam buat pertama kalinyer aku tak pi sembahyang raya...bukan xsempat nak pi sempat jer lagi tapi disebabkan terlalu penat naik bas so aku decide tak nak pi...xper la tuk kali nie jer...10 jam berada dalam bas sampai membuatkan punggung aku nie rasa kejang..lama sangat berada dalam bas...nasib baik la aku ambil yang single seat boleh la aku duduk ganas ckit...macam2 cara aku duk atas kerusi tu coz punggung dah terasa lenguh la...

0 comments:

Post a Comment