Coretan Perjalanan Hidupku

SeLaMaT DaTaNg

"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu.Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."

Yaaahhhhooo...Malaysia menang...TAHNIAH buat HARIMAU MALAYA


Yahhhhhooooooo.....!!!!! :)

seronok sangattttttttttt......

sampai menariiiiiiiiiii....

Akhirnyer harimau malaya mampu menentang garuda indonesia...walaupun malaysia kalah di tangan Indonesia untuk kali ke-2 akan tetapi malaysia menjadi juara dengan berbekalkan 3-0 ketika berlawan di tempat sendiri..dengan berbekalkan 3 gol dah di sumbat masuk plak 1 gol oleh SAFEE akhirnyer malaysia mampu menjadi juara sekelip mata dan mampu memecah rekod selama 14 tahu piala AFF SUZUKI berlangsung..tahniah buat semua pemain bola sepak malaysia


Sekalung penghargaan diberi kepada penjaga gol keeper malaysia KHAIRUL FAHMI kerana menjadi salah seorang penjaga gol yang paling mantap semalam...setiap sepakan yang dihalakan kepada beliau oleh pasukan indonesia mampu ditepis dengan mudah oleh KHAIRUL FAHMI...cuma pada separuh masa terakhir pertahanan KHAIRUL FAHMI mula goyah setelah di asak berulang kali oleh pasukan indonesia iaitu taubat NASUHA dan MAMBANG...GONZALES dan IRFAN jugak tidak melepaskan peluang untuk menjaringkan gol buat pasukan mereka tetapi setiap sepakan yang beliau halakan ke gawang gol malaysia mampu ditepis mudah oleh KHAIRUL FAHMI...yang paling membanggakan semua rakyat malaysia dengan KHAIRUL FAHMI ialah apabila dia mampu menghalang sepakan penalty pasukan dari indonesia dari menceroboh masuk gawang gol malaysia...sekarang nama KHAIRUL FAHMI tidak putus-putus meniti di bibir setiap penyokong malaysia kerana kejayaan beliau yang mampu mempertahankan gawang gol malaysia...ketangkasan dan kelincahan beliau menangkis bola yang datang ke gawang gol sedikit sebanyak membantu malaysia dari jatuh tersungkur di tangan indonesia...jelas tergambar kehampaan di muka setiap penyokong indonesia apabila KHAIRUL FAHMI tidak dikeluarkan setelah mengalami sedikit kecedaraan apabila dikepung oleh 3 pemain indonesia yang cuba untuk menceroboh masuk ke gawang gol...dengan keberanian dan tekad yang ada KHAIRUL FAHMI terpaksa keluar jauh dari pintu gol semata-mata untuk menangkis bola yang datang kepada beliau...dan akhirnyer keberanian beliau terbukti berhasil apabila beliau mampu menangkap bola tersebut dari masuk ke gawang gol even beliau terpaksa menghadapi risiko kecederaan yang tinggi dan ternyata beliau mengalami sedikit kecederaan tetapi ianyer bukan penghalang untuk beliau kembali beraksi semula di padang...SYABAS buat goolkeeper kita KHAIRUL FAHMI...u're MY HERO la...


Dan yang paling menggembirakan seluruh rakyat malaysia ialah apabila PM kita umumkan yang 31 merupakan hari cuti umum...so maknanyer semua cuti...bestnyer....aku tak kisag TM bagi cuti ke tak janji biler PM cakap cuti aku nak cuti...sekarang nie aku dah tak ikut TM tapi ikut PM..saper yang lebih berkuasa buat masa sekarang nie? TM ke PM...dan of course la PM yang lebih berkuasa kan...yahoooo....bestnyer esok dapat cuti...terima kasih tak terhingga buat semua pemain bola sepak malaysia kerana menjuarai pertandingan ini dan kerana kejayaan merekalah semua penyokong malaysia dapat cuti umum esok...waaaauuuuu...bagusnyer....i like it....


Apa yang tak mengembirakan rakyat malaysia ialah dimana KHAIRUL FAHMItidak mendapat title sebagai PEMAIN TERBAIK untuk musim ini..gelaran itu disandang oleh PRIMAN (lupa nama asal la) dari pasukan indonesia dengan membawa pulang wang sebanyak US$ 10,000.00 tetapi malaysia jugak mendapat gelaran PENJARING GOL terbanyak musim ini yang disandang oleh SAFEE...tahniah jugak buat mereka walau pun KHAIRUL FAHMI tak tercalon sebagai PEMAIN TERBAIK...


TAHNIAH untuk pasukan HARIMAU MALAYA kerana mampu menentang GARUDA INDONESIA...aku bangga menjadi rakyat MALAYSIA..dulu bangga jadi rakyat KELANTAN...semuanyer ku banggakan...



0 comments:

Post a Comment