Coretan Perjalanan Hidupku

SeLaMaT DaTaNg

"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu.Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."

Hanya tinggal kenangan...!!!


4 January 2011 (Tuesday)

Tarikh tersebut merupakan tarikh yang banyak meninggalkan kenangan buat kami semua...tarikh inilah dia meninggalkan kami semua buat selama-lamanyer di TM ini...dia akan melangkah keluar dari Annexe 2 ini untuk selama-lamanyer tanpa berpaling lagi ke belakang...segala kenangan pahit dan manis kami semua bersama akan kekal buat selama-lamanyer di ingatan kami...

Hari ini dia datang ke ofis untuk menghantar laptop yang diberi oleh TM kepada dia sepanjang dia bekerja di sini...sekembalinya dia dari menghantar laptop nanti itu menandakan bahawa dia benar-benar akan meninggalkan kami semua...kalau boleh aku nak jer halang dia dari meninggalkan kami semua tapi apa kan daya aku la nak menghalangnyer...saper aku nak menghalang dia dari tidak meninggalkan kami di sini...selama setahun lebih kami bersama dan akhirnyer dia pergi meninggalkan kami semua...banyak kenangan manis yang kami lalui bersama sepanjang dia berada di sini...

Itulah lumrah kehidupan...setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan dan perpisahan itu bakal berlaku kepada kami hari ini setelah pertemuan kami selama setahun lebih terjadi...kami akan kehilangan sorang rakan kerja yang cukup sporting dan active sekali...yang membuatkan kami tak kering gusi dengan gelagaknyer...semua tu akan menjadi kenangan buat kami semua...aku tidak suka akan ada perpisahan ini kerana dengan adanyer perpisahan inilah air mata aku tidak segan silu mengalir keluar...aku benci akan perkataan "PERPISAHAN"...kenapa mesti ada perpisahan di dalam setiap pertemuan?kenapa tidak dibiarkan saja pertemuan itu terus kekal abadi tanpa ada sebarang perpisahan yang berlaku...tapi itulah takdir yang ditentukan oleh ALLAH...hanya DIA yang mengetahui baik dan buruk di sebalik pertemuan dan perpisahan ini...

Dia yang aku maksudkan kat sini ialah Aliza @ Kak Liza...dia lah yang bakal meninggalkan kita orang semua tuk selama-lamanyer di sini...Kak Liza bakal mengikut suaminyer yang bekerja sebagai cikgu di Sarawak dan disebabkan inilah dia mengambil keputusan untuk berhenti dari TM...sebelum dia melangkah keluar dari TM ini kami still lagi sempat mengambil gambar serta video dengan bermacam-macam telatah untuk tatapan Kak Liza nanti sebagai kenangan yang terakhir buat diri nyer supaya dia tidak akan melupakan kami semua...

Inilah gambar2 yang sempat kami rakam bersama Kak Liza sebelum dia melangkah keluar dari sini...layan la gambar kami semua dengan lagak dan ragam masing-masing...

Layan...!!!!







0 comments:

Post a Comment