Coretan Perjalanan Hidupku

SeLaMaT DaTaNg

"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu.Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."

~~ PITIH...DUIT...WANG...ONGKOS...MONEY...~~


PITIH...DUIT...WANG...ONGKOS...MONEY...

Semuanyer membawa makna yang sama...sekarang nie musim kegawatan melanda diri aku la...duit gaji baru jer masuk last week tapi sekarang dah tinggal ckit jer lagi...aku tak tahu la aku buat apa ngan duit tu..nak kata aku belanja lebih rasanyer xder la sangat...cuma duit tu aku guna tuk aku beli barang keperluan aku jer...tu pun bukannyer banyak pun aku guna...aku cuba tuk control kan pengeluaran duit aku dari bank tu coz aku risau takut tak sempat nak tunggu tuk next gaji...memang la aku ada saving duit tu tapi yang tu tuk kegunaan masa depan aku nanti la...

First things yang aku buat tika gaji masuk dalam akaun bank aku, terus aku transfer kan masuk ke dalam akaun bank abah ngan ma aku...sudah diwajibkan tuk aku memberi mereka duit tiap2 bulan even tak banyak sekalipun janji aku boleh bagi mereka duit...aku tahu...sebanyak mana pun duit aku masukkan untuk mereka tiap2 bulan belum tentu aku mampu membalas segala jasa mereka yang telah membesarkan aku dari sekecil-kecil tapak tangan sampai la aku menjadi sebesar-besar hypo*cute apa*...semua tu belum cukup lagi untuk aku membalas jasa mereka...kerana merekalah aku berdiri di atas muka bumi ini...

Second things yang aku buat dengan gaji aku tu ialah aku bayar habis segala bill yang aku kena bayar contohnyer bill talifon yang meliputi sekali bill ma aku kat kg, bill broadband yang tengah aku guna sekarang nie dan bayaran bulanan tuk kereta abang aku yang aku guna buat masa nie...banyak betul kan hutang2 yang aku kena bayar..tapi aku tak pernah mengeluh pun pasal nie..walau seberat mana sekalipun aku terpaksa jugak menanggungnyer kerana aku lah satu-satunyer anak perempuan yang mereka ada..siapa lagi yang mereka nak harapkan selain dari aku...memang la aku ada abang tapi disebabkan kegatalan dia nak kahwin awal so dia terpaksa save duit tuk buat majlis perkahwinannyer nanti...buat masa nie semua tu aku tanggung...

Third things yang aku buat dengan duit gaji aku tu ialah bayar sewa umah...nak kata mahal tu xder la sangat and nak kata murah tu tak la jugak...begini la nasib kalau dah kerja diperantauan...semuanyer nak kena bayar..umah pun perlu menyewa...mahal ke murah ker umah yang aku diami sekarang nie terpaksa la terima janji umah tu mampu meneduhkan aku dari hujan dan panas serta melindungi aku dari segala malapetaka yang  datang serta membolehkan aku merehatkan badan setelah seharian penat bekerja...

And the last things that i do which that money is savings..saving la merupakan perkara yang paling akhir aku lakukan setelah tolak semua hutang yang nak kena aku settlekan...sebanyak mana yang ada sebanyak tu la aku saving..aku tak kisah berapa banyak saving yang aku buat janji every month i'm do it...yang tu la merupakan bekalan aku nanti tuk hari2 tua akan datang

Itulah sedikit sebanyak macam mana perjalanan duit aku tiap-tiap bulan...bukan nak menunjuk tapi sekadar nak sharing jer...semuanyer memerlukan DUIT....

inilah diriku yang sebenarnyer..

0 comments:

Post a Comment