Coretan Perjalanan Hidupku

SeLaMaT DaTaNg

"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu.Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."

Kenapa...Kenapa....????


"Kenapa mesti aku...??
Kenapa aku tak pernah diberi peluang untuk membuat pilihan sendiri...??
Kenapa mesti orang lain yang perlu membuat pilihan untuk aku...??
Kenapa mesti aku yang perlu mengalah selalu...??
Tahukah mereka apa yang aku mahukan dalam hidup aku nie...??"

Itulah persoalan yang bermain dalam pikiran aku sekarang nie...betapa banyak persoalan yang belum terurai lagi dan semakin aku memikirkannya semakin membuatkan aku rasa berserabut sangat-sangat...untuk menghilangkan dari rasa seperti tu aku membiarkan ia tanpa berjawab coz aku tahu xder saper yang mampu memberikan jawapan yang lengkap untuk soalan aku itu...aku mahukan jawapan yang perfect untuk persoalan itu...

Semalam bos aku panggil setiap orang dalam team kami untuk menentukan domain mana yang kita orang nak involve tuk next release...dalam fikiran aku nie aku dah berangan-angan nak kuar dari domain yang aku involve sekarang nie...kalau boleh aku nak cuba involvekan diri aku dalam domain yang lain plak agar aku dapat banyak ilmu pengetahuan melalui domain yang aku involve..cukuplah selama setahun aku berada di dalam domain yang sama dan kini aku mahu berhijrah ke domain yang berlainan plak...sebelum tu aku ada lah dengar ura-ura dari kak nani yang billing akan ada new lead tuk new release dan lead yang di pilih oleh bos adalah dari golongan kami semua...antara calon-calonnyer ialah kak nani, remi dan sudah tentu aku...biler dengan nama aku tercalon sekali aku dah rasa cuak dah...mintak-mintak la jangan aku yang kena jadi lead coz aku dah plan nak kuar dari billing nie...aku ingat nak bagi jer kat remi jadi lead tuk billing nie...

Tak sabar nie nak tunggu turn aku plak nie..habis jer yanie punyer turn tiba la plak aku punyer turn...dah ready dah nie ayat dalam kepala nak bagi tahu bos yang aku nak tukar domain...dengan senyum aku pi la kat tempat bos..dalam senyum tu ada la jugak rasa cuak coz takut kena jadi lead tuk next release...duduk jer depan bos terus dia cakap pasal R3L3 tu...cakap la sikit sebanyak pasal group yang ada nie dan tuk next release akan ada satu lagi group iaitu group CR coz sekarang nie CR yang datang banyak sangat sampai tak terkawal...so disebabkan itulah bos  buat group asing tuk handle CR dan saper-saper yang handle order, billing dan p2r buat la kerja mereka..tapi seandainyer group lain xder kerja dia orang pun perlu turun sekali bantu group CR tuk siapkan CR yang ada...begitulah bunyi ayat dia yang dia cakap ngan aku...dia cakap ngan aku jugak setiap kali ada release baru yang masuk dia kena buat structure dan bahagi-bahagikan tugas la ke semua orang...so dia pun cakap la apa yang dia plan kat aku...dia cakap yang aku tak payah susah-susah nak plankan domain apa yang aku nak kena involve coz dia dah plan awal-awal lagi tuk aku...terkejut jugak la aku biler dia cakap cam tu...maknanyer aku tak der choice la nie erk nak pilih domain yang mana nie...haiiii...dalam hati nie berdoa jangan la aku kena jadi lead tuk next release...

Aku menanti jer butir bicara yang kuar dari mulut dia...tak sabar nie nak mengetahui apa yang dia plan tuk aku nie...terkejut beruk aku (rasanyer beruk tak terkejut cam aku sekarang nie) biler dia kata aku akan jadi lead tuk next release...aku rasa macam aku berada dalam mimpi...nak kata aku bermimpi tak la jugak coz aku xstill lagi boleh dengar apa yang dia bebelkan selepas tu tapi aku tak dapat nak tangkap butir bicaranyer coz kepala aku nie still lagi berprosess untuk mengingati ayat-ayat yang dia cakap sebelum tu...cuba nak cerna balik apa yang bos bagi tahu aku sebentar tadi tapi apa yang aku cernakan tak nak jugak datang...susahnyer nak berpikir kalau dalam keadaan yang macam nie...setelah lama menyepi aku kembali semula ke alam nyata..mula sedar dan dapat mencerna apa yang di bicarakan oleh bos aku itu...rupa-rupanyer perasaan aku tu betul biler aku dikehendaki menjadi leader tuk next release nanti...macam tak percaya jer kan dapat jadi lead...status yang semua orang nak tapi tidak bagi aku...aku tak pernah nak mengimpikan untuk menjadi leader dalam sesebuah organisasi..

Aku cuba tuk merayu ngan bos aku tu yang aku tak nak jadi lead tuk next release coz aku rasa aku tak mampu nak menghandlekannyer nanti...aku tak mampu nak memikul tanggungjawab yang besar yang diberikan kepada aku kelak..aku tak mampu...ikhlas aku kata kan yang aku lebih rela bekerja mengikut arahan orang lain dari aku memberi arahan kepada orang lain untuk membuat kerja...even dalam diam aku memprotes tapi aku lagi sanggup kerja ikut arahan orang lain...bermacam-macam alasan yang aku bagi kat bos tapi bos aku still gak nak aku yang ambil lead tu..dia cakap aku akan bekerjasama dengan remi nanti tuk TM dan tuk ACN aku kena bekerja dengan kavitha...susahnyer kalau kerja ngan foreign nie...nak berspeaking mana la aku tahu sangat tapi nasib baik la remi ada...at least dia fasih berspeaking ni so boleh la cover aku kalau aku tak faham apa yang dia nak...last-last sekali dia tanya aku macam mana? apa lagi yang perlu aku katakan...

aku : "apa lagi yang perlu saya katakan...semua decision kat izan dah buat kan...kalau saya nak tolak pun kak izan tak nak bagi..dah tak ada pilihan so saya terima jer la"

bos : "ye...kalau untuk awak memang dah tak ada pilihan lain lagi la melainkan awak terima jer kerja nie...kak izan dah cakap dengan remi tapi remi cakap dia baru jer lagi dalam billing nie xkan la dia yang nak kena handle satu team nie kut...dia suh kak izan ambik awak la as a lead coz awak dah lama...dan untuk menyenangkan lagi kak izan ambik dua-dua sekali..senang ckit kan?"

aku : "memang dah tak der orang lain dah ker kak izan...saya bukan apa saya takut saya tak mampu jer nak menggalasnyer nanti...sekarang nie saya tak risau la lagi tapi nanti ada nyer UAT ni la yang membuatkan saya takut kak izan"

bos : "xper...nanti kak izan akan guide awak macam mana nak jadi lead....kerja lead senang jer..u tengok scenario yang dia orang buat pastu tanya yang mana ada error pastu cari error tu kat ner...let's say kalau error tu ada kat granite mintak dia orang emailkan error tu dan tengok reply dari granite..kalau xder apa2 replying email dari granite awak hantar la balik email tu pastu cakap la any updated on this issues...kalau still gak tak der apa2 datang jumpa kak izan dan cakap ngan kak izan kata granite tak balas-balas lagi u punyer email.."

aku : "entah la kak izan...saya tak yakin la kak nak buat benda nie kak...berat sangat tu kerja as a lead"

bos : "ni release kita yang terakhir dan lepas nie kita dah tak ada release dah lagi...puan suharti nak closed kan projek nie coz puan suharti cakap kalau kita still lagi dalam projek nie orang kontrak tak kan boleh permanent la coz still lagi dalam structure tu contract under project...puan suharti nak closed kan projek nie dan nak buat structure baru supaya yang kontrak boleh dipermanentkan...dia orang akan di ambil bekerja tapi tak tahu lagi di division yang mana satu lagi...sama ada nak buat structure baru tuk letak di testing atau tambah ruang tuk division yang lain...tu yang dia suh aku ambik tu...biler lagi awak nak try jadi lead dan masa nie la masa yang cukup sesuai tuk awak jadi lead..so take is as a CHALLENGE..."

aku : "errrmmmmm...nak buat macam mana kan...saya terima jer la coz dah itu yang kak izan cakap..."

Itulah ckit sebanyak perbualan aku dengan bos aku semalam...cukup baik ayat yang dia bagi kat aku kan...dia cakap jadi lead tak susah tapi bagi aku nak jadi lead cukup susah sekali...aku kena ambik tahu semua hal starting dari A sampai Z...semuanyer aku kena ambik tahu...masalah sekarang nie dalam billing tak semua part aku tahu...just certain2 part jer aku tahu contohnyer cam ner nak extract journal, nak generate report dan nak run bill...tu jer yang aku tahu...run bill tu nasib baik la aku tahu jugak ckit2 coz aku pernah run tuk R2.1 dulu so boleh la nak ajar dia orang tapi yang lain....yang lain langsung aku tak tahu...aku tak EXPERT macam aina...pengetahuan aku dalam billing nie cukup kecil skali scope dia...aina ada scope yang luas dalam billing..even aina tak tahu sangat pasal journal tapi dia tahu run invoice, buat payment, buat deposit, buat adjustment dan jugak usage...banyak yang dia tahu...jauh bezanyer dengan aku yang hanya tahu buat journal ngan report jer coz tu la kerja yang dibagi untuk aku selama setahun nie..aku cuba nak lari dari buat journal ngan report tapip tak boleh...nak tak nak aku kena terima la jugak kerja yang bos bagi tu..

Buat kawan-kawanku yang baca blog nie...aku harap korang semua jangan la salah paham dengan apa yang aku buat nanti erk...aku tak tahu cam ner nanti kalau aku jadi lead suatu hari nanti coz aku tahu yang aku tak mampu nak jadi lead yang sempurna tuk korang semua...kalau ada salah dan silap yang aku buat tolonglah korang tegur aku...aku akan jadi lead korang time kerja ada dan aku akan jadi kawan korang biler xder kerja dan kaki melangkah keluar dari bangunan ini...tapi yang di belum lagi finalize dari bos kita dan aku harap sangat-sangat yang structure baru nanti bukan aku yang ada kat atas as a lead for B2C...bukan nama aku yang akan naik kat sana...kalau apa yang dia cakap semalam dah finalize decision dari bos aku harap korang jangan la plak marah kan aku erk...aku tak mintak tau nak jadi leader nie coz aku tak sanggup nak bagi arahan kat korang semua...kalau boleh aku nak jer bagi jawatan nie kat orang lain macam remi or kak nani tapi bos tak izinkan...so apa lagi yang perlu aku buat selain dari menerimanyer dengan hati yang tak ikhlas...tapi aku akan cuba buat yang terbaik mampu tuk jadi leader korang semua...(cewahhh...ayat yang tak leh blah..)

0 comments:

Post a Comment