Coretan Perjalanan Hidupku

SeLaMaT DaTaNg

"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu.Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."

Ketenangan yang dicari...


Akhirnyer aku dapat jugak mencari ketenangan yang aku idam-idamkan selama ini...setelah seminggu menghabiskan cuti di kampung aku berasa cukup tenang sekali...aku dapat lupakan semua masalah yang ada...semuanyer aku tinggalkan kat cnie...aku tak nak membebankan fikiran aku dengan semua masalah yang aku ada...aku hanya mahu bergembira di samping family-family aku di kampung jer...


Seminggu di kampung langsung tak ada masalah untuk aku fikirkan...aku kosongkan semua fikiran dengan masalah yang aku tanggung kat KL nie...masalah dengan kerja, masalah dengan orang dan semua masalah yang membebankan fikiran aku...semuanyer aku kosongkan sebaik sahaja kaki aku melankah turun dari kereta pada hari tersebut....apa yang bermain di fikiran aku time tu ialah aku nak jumpa ma, abah dan adik-adikku yang lain...aku nak luangkan semua cuti aku ini disisi keluarga aku...aku tak nak disebabkan masalah yang aku tanggung ini akan mempengaruhi semua cuti aku...


Sebolehnyer aku inginkan ketenangan itu berpanjangan even aku berada di KL sekalipun...aku ingin membawa ketenangan yang aku rasakan di kampung untuk aku merasakannyer di sini jua...adakah aku mampu mencari ketenangan itu disini???

0 comments:

Post a Comment