Coretan Perjalanan Hidupku

SeLaMaT DaTaNg

"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu.Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."

Wahhhhhhhhh....boringnyerrrrrrrrrr..!!!!!!!!!!!!


Ya Allah...teramat la boring sampai tak tahu nak buat per nie...nak habiskan seharian kat ofis rasa macam nak giler...boring yang teramat sesangat...xder perkataam yang boleh digambarkan dengan tahap keboringan aku nie...seriusly aku cakap yang aku cukup-cukup boirng berada di ofis sekarang nie...sejak UAT R3 SOLO habis aku rasakan yang tahap kebosanan aku semakin melampau...dulu aku bosan datang ofis coz banyak sangat kerja yang nak kena buat tetapi hari ni aku bosan datang ofis coz xder kerja yang nak di buat....nak habiskan satu hari kat ofis ni aku rasa macam setahun lamanyer....masa plak sekarang ni terlalu lambat bergerak...kalau dulu masa begitu mencemburui aku sehinggakan aku tak sempat nak buat kerja ofis sehingga memaksa aku untuk membawa kerja ofis itu kat rumah...tetapi sekarang semua tu dah tak ada lagi...pukul 5.30 pm jer semua dah angkat punggung balik termasuk la dengan aku skali...buat per nak stay kat ofis lama-lama kalau kerja dah tak ada kan...baik balik umah awal dan dapat la rest panjang ckit kat umah...

Aku tak tahu la keadaan ni akan berlanjutan sampai biler...nak tunggu new project start lambat lagi...maybe akan start dalam March ni dan sebelum March ni apa yang nak aku buatkan kat ofis nie...kerja aku hari-hari bukak blog novel dan baca novel dari sana...yang tu saja lah yang membolehkan boring aku hilang tu pun kena curi-curi baca coz kadang big boss naik atas....tambahan plak boss kecik ada kat sebelah ni...lagi la kena tunjukkan kerajinan kepada boss kecik nie...dulu time xder kerja best jer duk lepak-lepak coz time tu boss kecik kat bawah lagi...nak buat per pun buat la coz tak der saper pun nak amik kisah tapi sekarang ni dah tak boleh dah...boss kecik ada disebelah jer...kalau nak baca novel pun kena gelapkan screen agar dia tak nampak sangat akan kejahatan yang tengah aku buat...hahahahhahaa....

Setiap kali tiba nyer weekend aku happy sesangat...even weekend tu aku tak la keluar pi mana-mana pun at least kebosanan aku duk kat ofis selama seminggu tertebus dengan adanyer weekend...mind aku akan free tanpa memikirkan pasal kerja...tapi biler keesokkannyer kena kerja kepala aku dah rasa serabut memikirkan akan apa yang akan aku buat hari ni kat ofis seharian....selama 5 hari aku menaggung kebosanan ini...kalau ikut hati tak nak jer datang ofis tapi tu la...kalau company sendiri boleh jer buat cam tu tapi ni company orang lain...aku hanya makan gaji jer bukan yang bagi gaji kepada orang...so nak ke tak nak suka ke tak suka terpaksa la jugak datang ofis even tahap kebosanan aku tika dan saat ni dah mencapai tahap palilng kritikal dan maksimum...kenapa la weekend hanya ada 2 hari jer dan hari bekerja ada 5 hari...kenapa tak fair and square kan jer weekend ngan work day...kan best kalau cam tu...

Ok la....aku dah tak tahu nak taip apa nie...dah bermacam-macam benda aku menagrut kat cnie disebabkan kebosanan aku yang tahap dewa nie...sekarang ni aku nak sambung baca novel plak..nak tulis novel aku tak pandai so baik aku baca novel yang orang tulis...kalau nak harap aku tulis tunggu la 3 @ 4 tahun baru siap satu novel...dari duk penat aku memerah kepala otak aku dengan memikirkan ayat sastera baik aku baca ayat orang yang lebih sastera dari aku menulis novel..at least karya dia orang boleh jugak membuatkan aku tersenyum...

0 comments:

Post a Comment