Coretan Perjalanan Hidupku

SeLaMaT DaTaNg

"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu.Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."

25 tahun sudah...!!!!


Waaaaaaaaaaaaa.....hari ni (20 February 2012) genaplah umur aku 25 tahun...begitu cepat masa berlalu..sedar tak sedar sudah 25 tahun aku menumpang hidup atas muka bumi ini....aku bersyukur sesangat sebab Tuhan masih lagi memanjangkan umur aku sampai sekarang ni...terima kasih Ya Tuhan kerana Engkau masih lagi memberi peluang untuk aku bernafas di atas muka bumi ini...

Biler di fikirkan balik dengan umur tersebut, hati aku menjadi sayu...sampai sekarang aku masih lagi tak ada teman istimewa yang bertakhta dalam hati aku..teman yang boleh digelar sebagai kekasih...sepanjang 25 tahun aku hidup atas muka bumi ini aku tak pernah rasa bagaimana dicintai seseorang dan bagaimana rasa biler diri aku ini mencintai seseorang..semua itu aku tak pernah alami sepanjang aku hidup...aku tak pernah merasa kasih sayang dari seseorang lelaki yang bergelar kekasih...aku ingin merasai semua itu dalam hidup aku tapi apa kan daya aku...semua itu sudah tersurat untuk aku...semuanyer Dia telah tentukan untuk aku..mungkin ada hikmahnyer kenapa aku di duga dengan ujian sebegini rupa...aku tak pernah nak salahkan Dia kerana hanya Dia sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk aku...aku hanya mampu berdoa dan berserah kepadaNya sahaja kerana Dia lah yang telah menentukan semua itu...tiada siapa yang dapat mengetahui apa yang akan terjadi kepada diri masing-masing kecuali Dia...kerana Dia lah yang mencipta jalan kehidupan untuk kita...semuanyer terletak di tangan Tuhan...aku berserah kepadaNya...semua itu telah ditentukan..jodoh pertemuan dan ajal maut semuanyer di tangan Pencipta...

0 comments:

Post a Comment