Coretan Perjalanan Hidupku

SeLaMaT DaTaNg

"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu.Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."

Sering kali disalah ertikan...


Kenapa la setiap kali aku buat baik dengan orang...kebaikan yang aku buat tu sering kali orang salah tafsirkan...macam-macam benda kata kat aku...jahat sangat ker aku ni sampai setiap kali aku bukak mulut pasti akan ada yang tak berpuas hati...aku tak tahu kenapa dan dimana silap aku...kalau aku tak bukak mulut orang mengata apatah lagi kalau aku bukak mulut..lagi la orang nak mengata...so apa lagi aku nak buat...diam salah tak diam pun salah...kalau dah benci tu kata la benci kan tak payah nak point pada kesilapan orang lain...

Aku tak kisah kalau orang nak bencikan aku...xnak kawan ngan aku coz selama aku hidup di bandar KL nie..aku tak pernah nak mengemis duit dari orang lain...aku tak pernah mintak orang lain taja hidup aku di bandar KL nie...even susah macam mana sekali pun aku tak pernah nak mintak duit dari orang...aku tak suka nak menyusahkan orang yang tak ada kaitan darah daging ngan aku coz aku tahu suatu hari nanti pasti benda ni akan diungkit dan dibangkitkan kelak...salah lagi ker aku buat tu...aku tak menyusahkan orang tapi kenapa orang selalu tak puas hati ngan aku....apa lagi yang perlu aku lakukan tuk puaskan hati semua orang...adakah aku perlu sujud di kaki kalian semua atau perlu aku ikut telunjuk kalian semua dari A-Z baru kalian puas hati dengan aku...itu ker yang korang semua nak??? Kalau itu yang kau orang nak aku lakukan aku mintak maaf coz aku tak boleh nak lakukan...aku masih lagi ada maruah diri dan aku tak akan sesekali menjatuhkan maruah diri aku semata-mata kerana kalian semua...siapa kalian semua untuk aku sujud..kalian bukan Tuhan aku untuk aku sujud..kalian semua hanya manusia biasa yang tak perlu aku nak sujud....cukuplah hanya Dia sahaja yang aku sujud....maybe bukan jodoh kita untuk kekal sebagai sahabat untuk selama-lamanya...maybe after this kita dah tak akan jumpa lagi and i'm sorry jika sebelum ni saya ada menyakitkan hati kalian semua dengan cara sengaja atau tak...sorry guys...

0 comments:

Post a Comment