Coretan Perjalanan Hidupku

SeLaMaT DaTaNg

"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu.Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."

6 Tahun pemergiannya..


Hari ini (9/07/2011)..genaplah 6 tahun pemergian arwah nenek aku ke Rahmatullah...sekejap jer aku rasakan tetapi kini sudah menjangkau 6 tahun aku kehilangannya..pejam jelik pejam jelik sudah 6 tahun dia meninggalkan kami semua..betapa cepatnya masa berlalu dalam sedar tak sedar...

Hari ini entah kenapa aku tiba-tiba teringatkan dia..rindu sangat nak menatap wajahnya tetapi aku tahu itu semua tak mungkin menjadi kenyataan..buat nenek dan atuk kesayangan ku...semoga diri kalian ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..jua doakanlah kebahagiaan dan keselamatan kami di atas muka bumi ini sebagaimana kami mendoakan kali di alam sana....

Puasa dah nak dekat..time-time puasa macam ni aku lah yang menjadi mangsa menemani nenek ku berbuka puasa bersama..dia tak suka berbuka bersama kami sekeluarga even kami tinggalh satu rumah..aku pun tak tahu kenapa tetapi itulah kenyataannya..setiap tahun akulah yang menemaninya makan ketika berbuka...aku ingat lagi semua itu..untuk meriahkan lagi suasana aku ajak sepupu aku join sekali..at least ramai la ckit..even aku tak dapat nak berbuka bersama keluarga tetapi aku tak kisah janji aku dapat menemani nenek aku..aku sayang dia sampai akhir hayat aku...

Aku masih ingat lagi ketika dia sakit dahulu...akulah orang yang menjaganya pagi petang siang malam coz time tu aku tengah tunggu result SPM...aku tak penah rasa susah ketika menjaga dia malah aku rasa sangat bersyukur yang aku dapat menemani dia dan menjaga dia ketika dia dalam keadaan uzur..apa yang membuatkan aku terkilan yang aku tak sempat berada di sisinya ketika di saat-saat akhir kerana time tu aku dalam perjalanan pulang dari KB tempat belajar ku...masih segar lagi dalam ingatan aku kata-kata ma aku pada petang dia kol aku selepas aku balik dari kelas...dia cakap:

Ma : "tak nak balik ker??"..mak aku bertanya
Aku : "bukan tak nak balik cuma esok aku ada kelas"...time tu mak aku tak mention plak yang nenek aku dalm keadaan nazak
Ma : "habis tu nak tunggu nenek mati dulu baru nak balik"..cukup tegas sekali suaranya
Aku : "tengoklah dulu cam ner coz orang pun baru jer start belajar..takut la plak nak amik cuti"..itulah jawapan yang aku berikan kepada mak aku
Ma : "tak per la cam tu..kalau boleh balik la erk tebgok-tengok nenek nie"..
Aku : "Insya Allah.."..jawabku ringkas

Habis jer perbualan aku ngan mak aku, aku termenung atas katil..nak sambung tidur  mata aku tak nak lelap plak sedangkan time tu aku mengantuk sangat..penat barangkali..time tu hati aku dah rasa lain macam..rasa tak sedap jer...banyak benda yang aku fikirkan time tu..dan tanpa paksaan aku terus simpan semua barang2 keperluan ku dalam beg dan aku terus kuar dari asrama aku tuk pulang ke umah...aku tak kisah esok ada kelas ke tak ada kelas janji aku nak balik...perjalanan dari KB ke Pasir Puteh memakan masa selama 1 jam...dalam hati aku tak henti-henti berdoa yang aku sempat berjumap dengan nenek aku buat kali terakhir...nak dijadikan cerita bas yang aku naik pasa hari tersebut ramai la plak orang..sekejap berhenti sekejap berhenti nak turunkan orang...dalam hati semua benda yang kuar kerana marah ramai sangat yang berhenti nak turun...dah la time tu aku tengah rush nak balik umah ni nak jumpa ngan nenek aku...dalam marah tu aku sempat lagi berdoa moga aku sempat jumpa lagi dengan nenek aku tu..

Sampai jer kat Selising..aku dapat kol dari abah aku yang mengatakan nenek aku sudah tiada..time tu aku tak tahu apa perasaan aku...marah atau sediah atau kecewa...semua nyer bergabung menjadi satu dan yang aku pasti perasaan sedih aku ketika itu bermaharaja lela dalam hati ini...habis orang dalam bas ni aku sumpah coz kerana merekalah aku tak sempat nak jumpa ngan nenek aku...kerana merekalah..dan sampai sekarang aku masih lagi salahkan semua yang naik bas ngan aku tika itu dan jugak driver bas yang memandu bas tika itu...aku tak akan maafkan korang semua sampai bila-bila...biler jer dengar berita tu...aku rasa macam nak nangis tapi air mata aku tak kuar..kenapa erk?? aku macam orang tak ada perasaan tika tu..apa yang aku tahu time tu aku nak jer sampai umah dan biler jer aku samai umah aku berharap yang nenek aku ada lagi...still lagi menunggu aku kat tempat dia..

Semuanya tak menjadi seperti yang aku harapkan...biler aku menjejakkan kaki aku kat umah...aku dah tengok ramai dah orang dan terus aku berjalan masuk ke dalam umah...aku nak tengok nenek aku..dan biler sampai jer kat tempat nenek aku..alangkah pedihnyer hati ini biler tengok nenek aku telah ditutup mukanya dengan kain dan itu menandakan yang dia telah pergi meninggalkan kami semua buat selama-lamanya..aku macam tak percaya yang akhirnya nenek aku pergi jua...dalam keadaan sedih aku duduk disebelah cousin aku yang time tu tengah membaca surah Yaasin tuk arwah..aku duduk disebelahnya dan pada tika itulah air mata aku mengalir...aku menangis dihadapan jenazah...nasib baiklah cousin aku tu ada disisi aku..dialah yang banyak memujuk aku supaya jangan menangis even dia sendiri menangis..dia cakap kat aku..pergi amik air sembahyang pastu bacakan Yaasin tuk arwah...biar tenang arwah nanti kat sana..tak elok nak tangisi pemergiaan arwah..banyakkan membaca Al-Quran dan sedekahkan Yaasin tuk dia agar menjadi belakan untuk arwah di sana nanti...aku pun terus bangun dan pergi mengambil wuduk untuk membaca Yaasin tuk arwah nenek aku itu...dalam membaca Yaasin tu..aku sempat lagi mengalirkan air mata mengenangkan perkara-perkara yang pernah aku lakukan dulu dan apa yang paling aku terkilan sekali aku tak sempat nak meminta maaf dari beliau..dalam hati aku berdoa semoga dia memaafkan semua kesalah aku tika aku menjaga beliau..."nek maafkan ya nek seandainya ya banyak melakukan kesalah kepada nenek..ya sayang nenek.."

Ya Allah...sesungguhnya aku bermohon kepadaMu Ya Allah...kau tempatkanlah datuk dan nenek ku di kalangan orang-orang yang beriman..jauhkanlah mereka dari azab neraka Ya Allah...tempatkanlah mereka ditempat yang paling suci iaitu di SyurgaMu Ya Allah...hanya kepadamu sahaja aku bermohon...dengarkanlah rintihan hambaMu ini...

0 comments:

Post a Comment